Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Wednesday, February 17, 2010

Ziana Zain Terlecur Kedua Belah Tangan @ Gua.com.my

by Li Ee Kee

11 Feb 2010
 
http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4517

Tayangan amal 'Magika' yang diadakan petang semalam di Cathay Cineplex, Damansara dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai artis. Antaranya M. Nasir, Mawi, Diana Danielle, Ning Baizura, Aznil Hj Nawawi, Sharifah Amani, Adibah Noor, Vanidah Imran dan Marsha.

Tetapi yang berjaya mencuri tumpuan adalah Ziana Zain yang mengejutkan ramai apabila tampil dengan kedua belah tangannya dibalut rapi. Bila ditanya apa yang berlaku, cerita penyanyi bersuara lantang ini, tangannya terlecur.

Kejadian berlaku tiga hari lalu ketika Ziana sedang menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Dalam sedang membancuh teh tarik, teko tersebut entah bagaimana terjatuh ke atasnya. Akibatnya, kedua belah tangan, bahagian perut dan kaki kanannya lecur. Ekoran kemalangan itu, dia terpaksa menundakan rakaman program TV untuk Slim World yang sepatutnya diadakan Selasa lepas.

"Memang sakit. Pedih sampai tak terkata. Kat hospital tu, takde soal malu ke tak, saya meraung je sebab dah terlalu sakit. Selepas dua kali disuntik baru hilang sakit tu. Hari ni, baru rasa elok sikit. Doktor ada bagi krim dan ubat antibiotik dan 'painkiller' tetapi cara yang paling cepat untuk sembuhkan luka sebegini adalah untuk menyapukan gel aloe vera.

"Ayah saya pun terkejut melihat saya. Dia pun ingat sikit je terkena. Yang boleh saya katakan (tentang kemalangan itu), malang tak berbau. Ia boleh berlaku pada sesiapa. Nasib baik tidak terkena pada muka. Tapi (apa yang berlaku itu) mungkin ada hikmahnya," kata Ziana.

Ajar generasi muda tentang mitos Melayu

Dalam 'Magika', filem fantasi muzikal arahan Edry Abdul Halim, Ziana memegang watak Nenek Kebayan yang cukup 'vogue'. Sesuai ditonton seisi keluarga, 'Magika' yang merupakan percubaan pertama Edry dalam bidang pengarahan memang menjadi. Lakonan Ziana pula berjaya mencuit hati dengan gelagatnya.

Kongsi Ziana, sudah lama diidamkan watak seperti Nenek Kebaya kerana mempunyai kebebasan untuk membawa watak itu sebagaimana yang dirasakan sesuai.
Ziana Zain

"Suka hati saya nak buat mimik muka macam mana, nak jelir lidah, I can go crazy with my character. .. Dan satu sebab saya menerima tawaran ini kerana anak-anak kita yang sudah terbiasa dengan cerita-cerita mitos Barat seperti 'Cindarella', rasa saya, inilah masa yang sesuai untuk mereka menonton 'Magika' dan belajar pula tentang mitos-mitos Melayu."

Ketika menjalani penggambaran untuk 'Magika', Ziana sudah empat bulan mengandung kembarnya. Namun dedahnya, tiada kesukaran yang dihadapi.

"Masalah tu mungkin timbul bila adanya adegan berlari dan bila saya kena jatuh. Saya perlu tahu bagaimana untuk jatuh agar tidak kena pada kandungan. Dan bila dah sampai pukul 12 malam, tenaga saya dah takde. Tapi saya memang seronok bekerjasama dengan krew yang best, pengarah dan para pelakon yang gila-gila."
Sejak kemunculan semulanya di persada seni, tidak putus-putus tawaran yang diterima ibu beranak empat ini. Selain turut serta dalam Konsert Maulidur Rasul dimana beliau akan mempersembahkan tiga buah lagu, Ziana juga akan terlibat dalam pementasan musim kedua teater muzikal 'Gamat'. Ini merupakan percubaan pertamanya dalam bidang teater.

"Semua tawaran tu datang sendiri. Saya tidak mencari. Tapi baguslah untuk saya membuat 'comeback'. Saya juga tak pernah letak 'target'. Saya hanya 'go with the flow'. Rasanya lebih baik begitu kerana ia membuka lebih banyak peluang untuk diri sendiri.

"Dalam 'Gamat', saya memainkan watak Ibu Obor-Obor yang garang, yang mengerahkan anak-anaknya mencari makanan dan makanannya adalah gamat. Mereka (pihak penerbit) dah 'approach' saya sejak tahun lepas.

"Tengoklah bagaimana maklum balas penonton terhadap persembahan saya nanti, mungkin saya akan mencuba lagi dalam bidang teater," katanya yang tidak sempat menonton pementasan pertama 'Gamat'.

'Magika' hanya akan menemui penonton sekitar bulan September ini sementara musim kedua teater muzikal 'Gamat' akan dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jln Ampang dari 12 - 22 Mac, jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment