Cerita bermula pada satu hari apabila Ketam Bunga,Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka telah tersesat ketika leka dan seronok bermain. Ketika itu, mereka telah berjumpa dengan Mat iaitu anak gamat yang sedang menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan Ibu Mat menyuruh Mat duduk saja di rumah.
Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran manusia. Kurita telah mengarahkan pengikutnya iaitu Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapatkan lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malang sekali, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat ketika Mat dalam perjalanan ke Taman Plankton bersama rakan-rakannya. Kurita amat marah dan semakin sakit.
Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui anaknya.
Ketika dalam perjalanan mencari inilah pelbagai peristiwa terjadi dan disaksikan oleh Ibu Gamat. Ini termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Peristiwa lain termasuklah Ibu Gamat terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan sebagainya.
Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka juga berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.
cerita ni serius best sgt!
ReplyDeletei nak jadi sebahagian dalam teater ni..!~ nak try ujibakat pada 11 julai nnt..!~
ReplyDeleteBagus Bagus... Jumpa nanti Aman.
ReplyDelete