Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Monday, July 6, 2009

Pengarah & Penulis Skrip Muzikal Gamat : Zaifri Husin

ANAK kelahiran Muar, Johor ini memiliki Ijazah Sarjana Pengarahan Teater dari Middle­sex Universiti, United Kingdom. Berpeluang mendalami teknik Mayerhold dan Biomekanik di Russian Federation Theatre Arts Academy of Moscow, Russia. Sebelum itu, beliau memi­liki ijzah dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seni.
Bakat beliau dalam bidang lakonan me­mang tidak boleh dinafikan. Beliau pernah mun­cul dalam teater Assyura, Rubiah, Lantai T.Pinkie, Muzikal Lantai T.Pinkie, Selendang Umi, Cucu, Malam Haram, Anugerah, Mencari Juita, Tiang Seri Tegak Berlima, Tun Mamat Puteri Gunung Ledang, Megat Terawis, Tengku Puteri Salasiah, Beg Sakti, Jambatan dan Nanamun Mantanani.
Lakonannya sebagai Tuan dalam teater Nyonya arahan Ros­minah Tahir karya penulis Indonesia, Wisran Hadi paling mendapat pujian di samping lakonan watak S.Diman dalam teater Lantai T.Pinkie.
Dalam bidang pengarahan juga bakatnya amat terserlah. An­tara teater arahannya ialah Sarah & Di Mana Setangginya karya Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan.
Beliau juga antara pengarah teater kanak-kanak yang pro­lifik. Antara teater kanak-kanak arahannya ialah Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Gamat dan Ali Baba. Malahan teater Ali Baba arahannya telah dianugerahkan Persemba­han Terbaik Muzikal Kanak-Kanak 2008 di India.
Kerjaya tetap beliau adalah sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Antara projek yang dikendalikan beliau ialah Festival Kes­enian Kanak-Kanak 2008, Festival Teater Malaysia dan banyak lagi. Beliau juga adalah pensyarah sambilan di ASWARA dan UiTM dalam bidang teater.

No comments:

Post a Comment