Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Monday, June 29, 2009

Gamat @ Murai.com








9/7/09: Jom Sertai Uji Bakat Teater Gamat
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4436&c=1&s=1




Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2009: Isu tentang pencemaran laut serta khasiat ibu gamat menjadi taruhan Siti Rohayah Attan atau Roy untuk menerbitkan pementasan teater muzikal Gamat di bawah produksi Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM). Bakal diarahkan Zaifri Husin yang
baru saja selesai mementaskan naskhah Mana Setangginya karya Datuk Nordin Hassan di Istana Budaya, pementasan teater muzikal Gamat ini nampaknya lebih cenderung dikhususkan untuk tontonan seisi keluarga. Sekurang-kurangnya, itulah harapan penerbit Roy yang selama ini lebih kerap menerbit serta mengarahkan pementasan teater berat yang mengangkat tentang soal sejarah, perjuangan hidup, falsafah, jati diri serta pemikiran bangsa Melayu.


"Sesekali buat teater muzikal yang seperti ini, tidak ada salahnya. Kalau asyik nak terbit dan arahkan teater yang berat pun penat juga. Lagipun isu pencemaran alam sekitar yang membabitkan dunia marin kita adalah satu perkara serius yang perlu diberikan perhatian. "Atas sebab itu, PPWM terpanggil untuk mementaskan teater muzikal ini. Kebetulan teater muzikal Gamat ini pernah menjadi projek pelajar Aswara pada tahun 2007. "Ketika itu yang arahkan teater muzikal ini adalah saudara Zaifri Husin sendiri dan apabila melihat bagaimana beliau menterjemahkan cerita alam laut itu dengan baik, ia membuatkan saya tertarik untuk menerbitkannya dalam skop yang lebih besar lagi," katanya kepada murai.com.my. Jelas Roy, dia tidak nafikan bahawa memang ada segelintir pihak yang cuba membuat perbandingan antara teater muzikal Gamat dengan Sinbad. "Kita akan tonjolkan kelainan dari segi rekaan set, props dan kostum yang menggambarkan kehidupan alam laut. Tetapi, apa yang kita tonjolkan nanti akan tetap mempunyai kelainannya. Ia akan lebih teliti dan mendalam lagi. Di mana, kita akan wujudkan kawasan laman berpasir, karangan gua yang digunakan untuk persidangan, jurang terumbu mati dan gua karang berpuaka. "Kita juga cuba untuk wujudkan beberapa elemen lain seperti kapal yang karam di dalam lautan bersama duyung dan untuk menjadikan ia lebih nyata lagi, kita turut menggunakan khidmat multimedia animasi menerusi 10 babak," katanya.
Uji bakat Gamat pada 11 & 12 Julai Sementara itu, Zaifri Husin ketika ditemui pula berkata, dia tidak bimbang dengan andaian yang mengatakan bahawa teater muzikal Gamat cuba meniru teater muzikal Sinbad. "Sebelum teater muzikal Sinbad ini muncul lagi, saya terlebih dulu mengarahkan teater muzikal Gamat ini, malah menggunakan rekaan kostum, set dan props yang bertemakan alam laut. "Tapi kedua-duanya mempunyai perbezaan ketara dan memandangkan skala pementasan kali ini lebih besar, secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada saya untuk mencetuskan lebih banyak idea. "Dengan penggunaan 60 orang pelakon dewasan dan kanak-kanak (tidak termasuk watak-watak tambahan), ia pasti akan memberikan satu cabaran yang besar untuk saya berkarya," katanya. Pementasan muzikal Gamat bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 2 hingga 8 Oktober ini dan bakal dijayakan beberapa selebriti popular tanah air seperti Safura, Ava Vaaja dan Natasha Hudson. Ia mengisahkan tentang perjalanan suka duka yang dilalui Anak Gamat yang bernama Mat. Engkar dengan arahan Ibu Gamat yang menyuruh dia duduk di rumah, Mat tidak sedar yang dia sedang menuju ke Taman Plankton sewaktu sedang leka bermain dengan kawan-kawannya. Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderika sakit kesan daripada pencemaran alam telah memerintahkan Obor-Obor supaya menangkap Mat yang disangkanya sebagai Ibu Gamat. Sementara itu, Ibu Gamat yang telah menyedari kehilangan anaknya, cuba menjejaki Mat. Dalam perjalanannya, Ibu Gamat menemui banyak hidupan laut yang sakit dan dia berusaha mengubati mereka dengan kehebatannya. Bagi merealisasikan pementasan teater muzikal Gamat ini, pihak produksi PPWM sedang mencari seberapa ramai pelakon untuk membawakan pelbagai watak yang diperlukan. Jika
anda berminat, silalah hadir di uji bakat teater muzikal Gamat ini di Istana Budaya pada 11 & 12 Julai bermula dari jam 10 pagi - 4 petang. Semua bangsa dan lapisan usia dijemput hadir. Tiket menyaksikan pementasan teater muzikal ini pula boleh didapati pada harga RM150, RM100, RM80, RM50 dan RM30. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-6186 6592.





29/6/09: Pengarah Teater Mahu Adibah Jadi Penyu


Oleh: Murai Batu



KL, 29 JUN 2009: Murai Batu dengar bukan main sibuk lagi produser dan pengarah teater Siti Rohayah Attan atau Roy cuba memancing penyanyi kesukaan ramai kita, siapa lagi kalau bukan Adibah Noor.
Semuanya gara-gara kerana satu pementasan teater muzikal berjudul Gamat yang bakal diterbitkan oleh Roy di Istana Budaya, KL pada 2 hingga 8 Oktober 2009 nanti.
Teater yang dikhususkan untuk tontonan seisi keluarga ini mengisahkan perjalanan seekor anak gamat yang tersesat memasuki sebuah taman plankton tanpa pengetahuan ibunya, ibu gamat sehingga berjaya ditangkap seekor sotong kurita yang menyangka dialah ibu gamat.
Ceritanya dengar macam ala-ala filem animasi Finding Nemo tetapi isunya lebih menjurus kepada soal pencemaran laut negara yang makin terjejas kehidupannya. Selain itu, ia juga menonjolkan khasiat ibu gamat telah berjaya membantu memulihkan hidupan yang sakit dan teracam itu.
Jadi untuk menghidupkan teater Gamat arahan Zaifri Husin ini, Roy sudah berangan-angan untuk mendapatkan Adibah untuk memegang watak seekor penyu yang cukup baik hati.
Khabarnya, pemilihan Adibah sebagai watak penyu itu disifatkan sebagai bersesuaian dengan karektornya yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat dan usia. Betul juga sebab kalau kita kaji, bukan orang dewasa saja yang menyukai Adibah tetapi golongan remaja dan kanak-kanak pun sama. Lagipun, Murai Batu rasa Adibah tidak pernah lagi bekerja dengan produksi teater Melayu. Dulu dia pernah beraksi dalam teater Inggeris Chang & Eng dengan watak Mak Bidan. Barangkali, inilah waktu yang sesuai untuk Adibah mendekati penonton teater Melayu pula.
Soalnya, berjaya atau tidak Roy mendapatkan Adibah? Sama-samalah kita tunggu. Tentu Adibah tak jual mahal atau keberatan bukan?


Murai Batu: Selalu tengok lakonan Adibah dalam filem-filem filem Yasmin Ahmad. Bersahaja, sinikal dan kelakar

No comments:

Post a Comment