Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Tuesday, July 7, 2009

Muzikal Gamat @ Utusan Malaysia



28/6/09: GAMAT bawa penonton ke dasar laut
Oleh SY MUSSADDAD MAHDI

ZAIFRI Husin bukanlah satu nama yang asing dalam dunia teater di Malaysia. Malah tidak keterlaluan jika dianggap dia merupakan antara pengarah teater prolifik di Malaysia pada masa ini.
Berilah apa sahaja teater kepada Zaifri, dia pasti melunaskan dengan baik. Itulah keistimewaan Zaifri yang baru mengarahkan teater Mana Setangginya di Istana Budaya baru-baru ini.
Biarpun naskhah Mana Setangginya berat, Zaifri tidak pernah menyerah kalah dan sentiasa memberikan yang terbaik dan komitmen yang tinggi kepada penonton yang hadir.
Nampaknya Zaifri tidak menang tangan. Selesai sahaja teater Mana Setangginya, kini dia sudah bersedia dengan teater Gamat yang akan menemui penonton pada bulan Oktober nanti.
Sudah pasti sebagai pengarah dan penulis skrip, Zaifri amat teruja dengan teater ini memandangkan ia merupakan teater kanak-kanak yang begitu digemarinya.
Menurut Zaifri, walaupun masih lama untuk menemui penonton, pelbagai cabaran yang dihadapinya ketika ini apabila melibatkan pelakon.
"Gamat adalah teater yang berlatar dasar laut. Sudah pasti banyak perkara yang perlu diteliti bagi memperlihatkan suasana yang sebenar di dasar laut.
"Kita telah sedang mencari pelakon-pelakon tambahan untuk watak-watak haiwan yang ada di dalam laut. Inilah cabaran yang besar sebenarnya bagi saya selaku pengarah.
"Kita juga mencari pelakon yang benar-benar boleh menari dan menyanyi dengan baik di samping boleh menggayakan watak hidupan laut dengan baik," jelas Zaifri lagi.
Teater Gamat yang dianggarkan menelan belanja RM1 juta turut menampilkan nama-nama besar tanah air seperti Safura Yaakob, Natasha Hudson dan Avaa Vanja di samping pelakon kanak-kanak.
Akui Zaifri, dia tidak kisah untuk mengarahkan apa jenis teater sekalipun tetapi minatnya terhadap teater kanak-kanak begitu tebal sekali.
Zaifri pernah mengarahkan teater kanak-kanak Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kunyit dan Ali Baba sehinggalah memenangi Persembahan Terbaik Muzikal Kanak-Kanak 2007 di India.
Walaupun kebanyakan teater yang sudahpun diarahkan sebelum ini di pentas yang lebih kecil, Zaifri tidak mahu itu dijadikan alasan apabila teater ini dipentaskan di Istana Budaya nanti.
Selain itu cabaran paling besar sudah pasti melibatkan kostum dan set memandangkan teater ini yang berlatar belakangkan dalam laut.
Untuk itu pelbagai persiapan yang sedang dilaksanakan walaupun masa yang ada masih panjang. Bagi Zaifri sendiri, dia mengharapkan penonton akan turut sama menyaksikan pementasan Gamat nanti dan berpuas hati dengan hasil kerjanya itu.

No comments:

Post a Comment