Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Wednesday, February 17, 2010

Tangan Ziana Zain Melecur Terkena Air Panas







ARKIB : 12/02/2010



Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 11 Feb. – Tetamu dan wartawan pada sidang akhbar teater Muzikal Gamat musim kedua hari ini dikejutkan dengan penampilan artis terkenal, Ziana Zain yang berbalut kedua-dua belah tangannya.
Ia bukan gimik tetapi memang Ziana benar-benar cedera. Penyanyi lagu Puncak Kasih itu mengalami kecederaan apabila kedua-dua belah tangan dan bahagian lain badannya melecur akibat terkena air panas.

“Kemalangan ini berlaku ketika saya sedang menyediakan sarapan pagi dan membancuh teh tarik, entah bagaimana teko yang saya pegang terjatuh.

“Akibatnya, kedua-dua belah tangan, bahagian perut dan paha kanan saya melecur terkena air panas.

“Memang pedih tapi selepas pergi ke hospital semuanya beransur pulih dengan bantuan ubat-ubatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kata Ziana, dia kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Selangor oleh suaminya untuk mendapatkan rawatan.

“Mujur suami berada di rumah ketika itu. Saya juga mengerang kesakitan ketika itu. Alhamdulillah, keadaan beransur pulih,” ujarnya lagi.

Menurut Ziana, kerana insiden itu juga, dia terpaksa menunda rakaman program televisyen untuk Slim World yang sepatutnya diadakan Selasa lepas.

Sementara itu, menerusi teater pertama lakonannya itu, penyanyi yang baru saja melahirkan sepasang anak kembar ini akan membawa watak ketua obor-obor yang garang dan jahat.

Dia akan digandingkan dengan dua penyanyi popular lain iaitu Amy Mastura dan Misha Omar.

Teruja dengan pementasan itu, Ziana memberitahu, sudah lama dia teringin untuk terlibat dengan pementasan teater muzikal.

Muzikal Gamat akan dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jln Ampang dari 12 hingga 22 Mac ini.

Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata itu juga, turut terlibat dalam pementasan Antara sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26, 27 dan 28 Februari ini di Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment