Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Wednesday, February 17, 2010

Geli Gamat Tarik Minat Misha, Ziana







17-Feb-2010

Oleh: Thani Hasbullah
Photo oleh : Mazlan Photography

Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 12 FERUARI 2010 : Masih ingat lagi kisah Gamat yang berlatar belakangkan kehidupan laut yang dipenuhi dengan hidupan marin seperti ketam, sotong, obor-obor, tiram, bintang, undang kara, kuda laut, ikan todak mahupun gamat!

Kisah suka duka mereka kembali menghiburkan penonton melalui Teater Muzikal Gamat Musim Ke-2 (TMG2) yang akan mula dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur bermula pada 12 Mac ini.
Bahkan, pementasan selama 11 hari itu dikatakan lebih istimewa dengan kemunculan 2 lagi selebriti popular iaitu Ziana Zain dan Misha Omar yang masing-masing julung kali kalinya menjejakkan kaki ke dunia teater.
Ziana bakal memegang watak jahat iaitu Ketua Obor-Obor, manakala Misha Omar memainkan peranan sebagai Ketua Buntal menggantikan tempat Natasha Hudson. Selain itu, Amy Mastura kekal memgang watak Ibu Gamat.
Menurut Ziana, tawaran ini begitu istimewa baginya. Ia kerana TMG2 dianggap salah satu cara bagaimana untuk menghiburkan kanak-kanak dan memahami dunia mereka. Apatah lagi beliau kini sudah memiliki keluarga besar.
"Walaupun saya masih lagi tidak tahu apakah peranan watak Ketua Obor-Obor, tetapi saya dah rasa teruja untuk berlakon. Apatah lagi anak saya (Aiman) tu memang suka sangat sains dan kehidupan dalam laut. Saya pasti dia akan terhibur tengok maknya berlakon nanti.
"Bagi saya teater ini adalah hiburan yang sihat dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Malah bersesuaian dengan pelajaran di sekolah, bagi murid-murid.
"Sebenarnya memang dah lama saya ditawarkan untuk berlakon dalam teater ini, malah sejak di musim pertama lagi. Maklumlah pada masa tu saya sedang mengandung. Tapi kali ini ia sangat sesuai kerana saya sudah sihat," katanya.
Ziana Zain yang baru sahaja melahirkan anak kembarnya baru-baru ini kini semakin aktif dalam kariernya. Beliau turut terlibat dengan Teater Antara Syurga & Neraka sebagai penyanyi bagi beberapa babak yang diperlukan.
TMG2 yang bakal dipentaskan di MATIC, Kuala Lumpur itu nanti membariskan 46 pelakon. Pada musim lalu, ia menggunakan khidmat 91 pelakon dan dipentaskan di Istana Budaya.
Menurut Misha pula, penglibatannya pada teater ini dianggap satu cabaran baru sekaligus menambahkan lagi kepelbagaian terhadap kariernya sebagai anak seni.
"Saya berasa cukup bertuah diberi peluang kerana saya memang meminati teater ini. Lagipun Teater Gamat adalah hiburan ringan dan wataknya senang untuk dibawa. Asyik menghiburkan orang dewasa je, biarlah kali ini untuk kanak-kanak pula.
"Ini adalah penglibatan pertama saya dalam dunia teater. Pasal komitmen memang saya ti tiada masalah.Bila saya mencuburi bidang baru, memang saya kena buat macam orang bau lah.. Banyak benda yang perlu dipelajari.
"Selepas hadir uji bakat beberapa minggu lalu, saya diterima masuk untuk memegang watak Ketua Buntal. Pada mulanya agak gementar tetapi selepas difikirkan balik, saya yakin boleh lakukan kerana ia teater muzikal yang agak spontan. Ia menjadi kebiasaan bagi saya ketika berada di pentas.
"Sebelum ini saya pernah membuat persembahan di Istana Budaya. Walaupun TMG2 tidak pentas di situ lagi tetapi setidak-tidaknya saya memahami bentuk dan susunan pentas teater.
"Apa yang berbezanya dalam teater, ia tiada cut. Menjadi atau tak mesti kena jalan juga. Itu lah cabarannya. Tapi saya pasti dengan latihan yang bermula pada 22 Februari ini, saya akan buat sebaik mungkin," Kata Misha.
Selain TMG2, Misha turut menerima tawaran berlakon watak Dara menerusi Teater Uda & Dara yang bakal dipentaskan pada hujung tahun ini.
Orang ramai yang berminat untuk menonton teater terbitan CTRA Production ini bolehlah menghubungi 03-61866592 atau 012-2977220 untuk membuat tempahan tiket. Untuk keterangan lanjut sila layari www.muzikalgamat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment