Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Thursday, February 18, 2010

Gamat 2 umpan Ziana, Misha








Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

Gambar SAFWAN HADI MUSTAPA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm&arc=hive


(Dari kiri) Amy Mastura, Ziana Zain dan Misha Omar.


TEATER Muzikal Gamat yang dipentaskan tahun lalu di Istana Budaya (IB) bermula 4 hingga 12 Oktober 2009 yang menampilkan Amy Mastura selaku Ibu Gamat hadir penuh warna-warni dalam menghidupkan suasana dasar laut.

Penyertaan artis popular, Amy Mastura berjaya menarik minat ramai penonton khususnya kanak-kanak bertandang ke IB, menyaksikan pementasan teater yang menceritakan kisah hidupan laut itu.

Kini, teater Muzikal Gamat kembali lagi buat musim kedua dan kali ini lebih istimewa apabila ahli keluarga Gamat bertambah besar dan meriah dengan penyertaan oleh dua orang lagi penyanyi yang hebat, Ziana Zain dan Misha Omar.

Ziana akan melakonkan watak Ketua Obor-Obor, Misha (Ketua Buntal), manakala pelakon utama lain yang dikekalkan adalah Amy (Ibu Gamat), Zuhairi Ibrahim (Bapa Gamat) dan Aidil Solehin Marhalim (Anak Gamat).

Kali ini pementasan Muzikal Gamat kembali menemui penggemar teater tanah air pada 12 hingga 22 Mac ini di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.

Muzikal terbitan CTRA Production ini turut mendapat kerjasama MaTiC, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Istana Budaya dengan tajaan Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd.

Menurut penerbit teater Muzikal Gamat 2, Siti Rohayah Attan, dia sebelum ini pernah menawarkan peluang kepada Ziana berlakon dalam teater tetapi ketika itu penyanyi berkenaan disahkan mengandung dan hasrat itu terpaksa dibatalkan.

Menerusi pementasan musim kedua ini, Ziana akan membawa watak Ketua Obor-Obor yang juga watak jahat dalam pementasan teater berkonsep kanak-kanak ini.

Sementara Misha pula akan membawa watak Ketua Ikan Buntal yang nakal tetapi berani dan akan membantu Ibu Gamat mencari Anak Gamat.

"Antara cabaran krew produksi terutamanya pengarahnya, Zaifri Husin nanti adalah dalam mengawal pelakon kanak-kanak yang sangat aktif dari mula latihan hinggalah ke malam.

"Kalau kanak-kanak lain memang aktif, tetapi kanak-kanak yang berlakon Gamat ini sangat aktif," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar teater Muzikal Gamat 2 yang diadakan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain penyertaan Ziana dan Misha yang menyertai akuarium Gamat ini, teater ini turut akan berubah setnya memandangkan pentas di MaTiC lebih kecil berbanding di pentas IB.

Teater Muzikal Gamat 2 turut akan menampilkan watak istimewa iaitu Profesor Gamat yang dilakonkan oleh Nazri Ahmad.

Profesor Gamat akan memberikan penerangan saintifik mengenai kemusykilan tentang hidupan laut itu.

Ziana akhirnya ke pentas teater
Sepanjang pembabitan Ziana dalam dunia seni tanah air, penyanyi yang baru saja melahirkan sepasang anak kembar ini tidak pernah terlibat dengan pementasan teater.

Bukanlah niat Ziana memilih atau tidak berani untuk terlibat dengan teater, sebaliknya sebelum ini beliau tidak berkesempatan untuk melibatkan diri.

Secara peribadi, Ziana mengakui, sudah lama dia jatuh cinta untuk terlibat dengan pementasan teater muzikal tetapi tidak mempunyai masa yang sesuai sebelum ini.

"Teater memerlukan pengorbanan masa yang besar untuk hadir latihan dan baru kini saya mempunyai sedikit kelapangan dan tawaran datang tepat pada masanya.

"Saya sangat teruja dengan teater ini kerana selama ini saya menghiburkan orang dewasa sahaja, seronok juga dapat menghiburkan kanak-kanak," katanya yang sudah tidak sabar mahu beraksi di teater itu.

Apa yang turut menarik perhatian Ziana untuk menjayakan pementasan Gamat ini ialah kerana anak-anaknya.

"Anak saya Muhammad Aiman yang berusia 10 tahun amat menggemari subjek sains terutamanya tentang hidupan laut.

"Secara tidak langsung subjek teater ini amat bagus untuk semua orang terutamanya kepada kanak-kanak kerana ia adalah hiburan yang mendidik," kata ibu ranggi kepada empat orang anak ini lagi.

Misha benarkan anak berlakon
Lumrah bagi seorang ibu, tidak sah jika mereka tidak mengaitkan anak-anak dalam apa saja perbualan mereka.
Kalau Ziana dengan perihal empat anaknya, Misha Omar yang masih bujang juga ada cerita mengenai anaknya.
Seperti yang semua orang sedia maklum, Misha yang memiliki seorang anak angkat turut tidak ketinggalan teruja untuk menjayakan pementasan muzikal Gamat ini.
Bagi Misha atau nama sebenarnya Samiha Omar, dia sudah tidak sabar-sabar untuk menjayakan watak Ketua Buntal.
Pada masa yang sama, Misha juga bercadang untuk cuba membawa anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang berusia empat tahun untuk berlakon sama.
"Pihak penerbit ada menawarkan anak saya, untuk turut sama berlakon dalam teater ini. Saya tidak akan menghalang jika anak saya berminat untuk turut sama.
"Lagipun Adam agak aktif di taska dan sering terlibat dengan persembahan pentas ketika di taska," kata si dara kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini lagi.
Menurut penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini, apa yang membuatkan dia tertarik untuk menyertai teater ini ialah membantu menyalurkan mesej kepada khalayak.
Muzikal Gamat disifatkannya mempunyai mesej yang berguna dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment