ENGLISH VERSION
TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!
Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket
TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)
Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.
Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)
Pengumuman
Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda
Friday, February 19, 2010
Ziana, Misha bakal beraksi dalam muzikal Gamat
Tuesday, September 29, 2009
Amy Seronok Anak Minat Berlakon (Berita Harian)

http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20090920002639/Article/
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Tidak pernah dia meletakkan harapan tinggi untuk terus bertahan selama 16 tahun sebagai artis kerana pada permulaan karier, Amy cuma berniat merakam satu album selepas berhenti menjadi pramugari.
Sangkakan cukup satu album sebagai kenangan... tetapi takdir Tuhan menentukan sebaliknya. Satu persatu pintu rezeki dibuka, mungkin itu rahmat-Nya kerana setiap pekerjaan dilakukan berserta keikhlasan, kata wanita peramah kelahiran Ipoh, Perak itu. Saat negara berdepan kemelut ekonomi, karier seni Amy tidak pernah terhenti. Sebaliknya ibu kepada Adriana, 8, dan Adalia, 5, masih aktif meneruskan aktiviti seninya yang padat dengan pelbagai agenda. Barangkali dia bernasib baik kerana tidak terikat dengan satu cabang seni. Disebabkan suka mencuba, bakat seni Amy turut disalurkan dengan menyertai dunia pengacaraan dan lakonan. Penyanyi yang muncul dengan album Happy pada 5 Mei lalu baru menyempurnakan penggambaran drama siaran RTM, Suratan Takdir selain sejak awal Ramadan menjayakan latihan pementasan muzikal kanak-kanak, Gamat. Bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 4 hingga 12 Oktober depan, Amy berkata, dia teruja untuk menyertainya selepas kali terakhir membintangi pementasan kanak-kanak, Siti Di Alam Fantasi. Apa yang menyeronokkan Amy, anak keduanya, Adalia turut sama berlakon membuatkan dia selesa setiap kali sesi latihan. Adalia membawa watak landak laut dalam pementasan arahan Zaifri Husin yang turut dibintangi Adibah Noor sebagai Ikan Pari, Zuhairi Ibrahim (Bapa Gamat), Datin Natasha Hudson (Ikan Buntal) dan Avaa Vanja (Ketua Buntal). Selepas beberapa kali mengikut saya ke sesi latihan, Adalia ditanya tidakkah dia berminat untuk berlakon? Dia nampaknya mahu mencuba.
Saya tidak menghalang kerana sebelum ini memang sudah nampak minatnya untuk mencuba cuma mungkin kesempatan belum tiba. Asalkan dia melakukannya dengan penuh kesungguhan, saya akan sentiasa memberi dorongan. Seronok juga kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai teman ketika latihan, katanya. Berbeza anak sulungnya, Adriana yang langsung tidak menunjukkan kecenderungan meminati bidang seni, Adalia pula mudah menerima tunjuk ajar sepanjang latihan. Biarpun masih baru dengan cabaran yang diterima, anak kecilnya itu tidak pernah membantah. Dia menurut saja kata tenaga pengajar, malah sentiasa bersemangat untuk ke sesi latihan kerana mahu bersama kawan-kawan barunya, kata Amy mengakui gembira kerana berpeluang untuk melalui kembali suasana sibuk dalam sesi latihan, selain melahirkan perasaan senang bekerjasama dengan kanak-kanak. Keterujaan kanak-kanak untuk memberikan yang terbaik membuatkan mereka komited sepanjang menjalani latihan, malah tidak malu mencuba sehingga pengarah berpuas hati. Dengan membawa watak Ibu Gamat, isteri kepada Alvin Tham Sufian yang dinikahi sejak sembilan tahun lalu ini tetap mengutamakan kepentingan keluarga. Tawaran yang memerlukan dia lama berjauhan dengan keluarga terpaksa diketepikan kerana Amy tidak mahu berpisah dengan anak-anaknya. Mereka masih mentah membuatkan saya belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak lama. Tengok dalam setahun dua lagi apabila mereka sudah boleh berdikari, mungkin ketika itu saya bersedia menerima tawaran di luar daerah, katanya sambil menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk mengejar nama dan mempertahankan populariti kerana cuma mencari keselesaan dan kegembiraan dalam kerjayanya. Saya percaya rezeki setiap manusia sudah ditentukan Tuhan, justeru saya melalui hidup seadanya. Saya tidak menyambar segala tawaran di depan mata hanya kerana bimbang nama akan tenggelam. Barangkali cara saya itu memberi keberkatan dalam segala urusan kerja lantas memudahkan saya untuk terus bertahan selama 16 tahun dalam bidang seni, katanya. Menyentuh sambutan Aidilfitri, seperti tahun terdahulu mereka sekeluarga akan pulang ke Ipoh untuk bersama sanak saudara di sana. Amy bertuah kerana mereka tidak perlu melalui episod pertengkaran seperti yang dialami sesetengah pasangan setiap kali menjelang 1 Syawal. Destinasi sama membuatkan Amy dan Alvin selesa membahagikan waktu bersama keluarga masing-masing sempena lebaran ini.
Tuesday, September 8, 2009
Muzikal Gamat @ Berita Harian (5/9/09)

Keterangan lanjut boleh menghubungi 03-61866592 atau melayari www.muzikalgamat.blogspot.com atau www.tiket2u.biz, manakala sebarang kemusykilan berkaitan dengan tiket boleh hubungi Istana Budaya di talian 03-40265555
Monday, June 22, 2009
Teater Muzikal Gamat di Berita Harian

27/8/09: Dengarnya...: Natasha Hudson bakal gamatkan Istana Budaya
http://www.bharian.com.my/Thursday/Hip/20090827061009/Article/index_html
SEBELUM ini, Cik Normah diberitahu rakan sepejabat Datin Natasha Hudson terpaksa melupakan hasratnya untuk berlakon teater Gamat kerana ada komitmen lain yang harus diberi keutamaan. Alih-alih, baru-baru ini Cik Normah dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai di Istana Budaya (IB), ibu kepada Nessa Helena itu mengesahkan boleh berlakon balik. Kalau nak tengok Natasha bertukar menjadi ikan buntal, kena pastikan ke Panggung Sari, IB. Tak silap Cik Normah pementasan teater ini akan berlangsung Oktober ini. Cik Normah diberitahu adik lelaki kepada seorang pelakon kontroversi juga berlakon. Tak sabar Cik Normah nak tengok transformasi Natasha yang berbadan ramping bertukar menjadi ikan yang comel. Malah, Cik Normah turut diberitahu ada seorang rakan wartawan yang bersaiz kecil pun turut berlakon pegang watak kuda laut. Terlanjur menyebut nama Natasha, rakan sepejabat Cik Normah beritahu adik kesayangannya, Tania Hudson baru saja menyertai syarikat milik David Teo, Metrowealth sebagai artis residen seperti Farid Kamil, Lisa Surihani dan Mas Muhaini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20090622091737/Article/
Mengambil pendekatan yang sama seperti filem animasi Barat Finding Nemo dan Car Wash, Gamat yang dijangka menggamatkan penonton yang hadir untuk menyaksikan kisah kehidupan di dunia yang penuh suka dan duka. Ia akan dipentaskan dua minggu selepas sambutan Aidilfitri bermula 2 hingga 8 Oktober depan menggunakan khidmat Zaifri Husin sebagai pengarah yang baru saja mengarahkan teater Mana Setangginya. Menelan kos hampir RM1 juta, teater ini sesuai ditonton seisi keluarga dan dianjurkan CTRA Production. Ia turut mendapat kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia, Istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) serta Kementerian Kesihatan. “Dengan kos yang dilihat melampau dan keterlaluan itu, ia adalah cabaran buat saya untuk mencari sumber kewangan bagi merealisasikan Gamat. Ia membabitkan duit poket saya yang sudah mula menipis. Saya harap ada penaja yang sanggup bekerjasama. Kami masih menunggu maklum balas beberapa penaja yang sudah ditemui,” kata Siti Rohayah Attan yang bertindak sebagai penerbit. Kali terakhir Siti Rohayah mementaskan teater di IB tahun lalu untuk teater muzikal Ibu Zain.
Katanya, Gamat tidak hadir secara terburu-buru kerana ia melalui proses perbincangan awal sejak tahun lalu. Namun, ia hanya dapat dijelmakan tahun ini. Pada masa yang sama, amanah mementaskan naskhah Ibu Zain lebih perlu diberi keutamaan. “Teater ini asalnya hanyalah daripada sebuah projek penilaian pelajar tahun dua Aswara. Namun ketika itu (tahun lalu), ia dipentaskan pengarah Zaifri Husin dalam skala yang lebih kecil. Lalu, atas sambutan dan maklum balas yang diterima, saya tertarik untuk melaksanakannya dalam skala besar dan pendekatan berbeza. “Kali ini lokasi yang digunakan 100 peratus seperti dalam dasar laut dengan variasi cerita pendidikan (mendidik) dan kemanusiaan. Ia berakhir dengan pengajaran. Untuk mendapatkan suasana seperti dasar laut, pihak kreatif kami akan menggunakan pendekatan multimedia dan animasi. “Set seperti gua karang berpuaka, laman berpasir, jurang terumbu mati dan taman terumbu karang akan dibina bagi menggambarkan suasana laut itu,” katanya yang bertanggungjawab mementaskan teater muzikal Ibu Zain kali kedua di Matic, Saloma Bistro.
Sementara itu, Zaifri yang turut menulis skrip Gamat berkata, seramai 80 pelakon bakal terbabit dalam teater ini. Ketika sidang media pertama mengumumkan perancangan pementasan teater ini minggu lalu, beberapa pelakon seperti Safura Yaakob, Datin Natasha Hudson dan Avaa Vanja adalah antara nama awal yang bakal diserap beraksi di dalam Gamat. Proses uji bakat mencari pelakon dewasa dan kanak-kanak akan diadakan pada 11 dan 12 Julai ini di Istana Budaya. “Saya juga akan mengambil pelajar dan bekas pelajar Aswara untuk berlakon sama di dalam teater ini. Saya akan berbincang dengan Siti Rohayah dalam soal pemilihan pelakon. Untuk tenaga kreatif, saya lebih suka menentukan dengan siapa yang saya senang bekerjasama bagi memudahkan kerja. Sebanyak 16 buah lagu akan digunakan di dalam teater ini. “Kalau nak dibandingkan dengan pementasan Mana Setangginya, teater ini sudah lama dirancang. Skripnya juga adalah yang asli hasil penulisan saya kerana ia pernah dipentaskan pelajar saya di Aswara. Kostum juga akan bertukar baru atau mungkin menggunakan kostum sedia ada. Ini juga kali pertama saya bekerjasama dengan Natasha, Safura dan Avaa Vanja. “Tetapi dengan Siti Rohayah, mereka sudah pernah bekerjasama sebelum ini,” katanya yang pernah mengarahkan teater Ali Baba di Istana Budaya pada 2006 dan mendapat pengiktirafan Persembahan Terbaik Muzikal Kanak-Kanak di India November 2007.
Uji bakat akan diadakan pada 11 dan 12 Julai depan bermula 10 pagi hingga 4 petang di Istana Budaya.
Besar kemungkinan juga pada 30 Julai depan, satu sidang media mengumumkan barisan pelakon dan penaja yang bakal terbabit akan diadakan.
Sesi latihan dan raptai akan diadakan di dalam bulan puasa.
Safura antara pelakon yang sudah menerima watak untuk watak Ibu Gamat.
Anak kelahiran Muar, Johor.
Memiliki ijazah Sarjana Pengarahan Teater daripada Universiti Middlesex, United Kingdom.
Turut berbakat sebagai pelakon dan pernah muncul di dalam pementasan teater Assyura, Rubiah, Lantai T Pinkie, Selendang Umi, Malam Haram, Mencari Juita dan Tiang Seri Tegak Berlima
Jawatan tetapnya di Jabatan Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ialah Penolong Pengarah.
Bergelar pensyarah sambilan di Aswara.
Teater arahannya adalah seperti Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Mana Setangginya dan Ali Baba.
Mengisahkan mengenai suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan ditakdirkan berjumpa dengan Mat (anak Gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) hanya menyuruh Mat duduk saja di rumah.
Di Karang Puaka, Kurita sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya apa yang dirancang tidak mengena dan di situlah bermula sisi perjalanan Ibu Gamat untuk mencari Mat.





