5/9/09: Pementasan Muzikal Gamat 4 Oktober
TEATER pertama di Malaysia yang menggunakan lokasi laut sebagai latarnya iaitu Muzikal Gamat di tunda tarikh pementasannya kepada 4 Oktober hingga 12 Oktober di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Tarikh asal pementasannya pada 2 Oktober hingga 8 Oktober di tempat yang sama. Penerbitnya, Siti Rohaya Attan berkata, tarikh pementasan itu terpaksa ditunda bagi memberi peluang kepada Konsert Orkestra Tradisional Melayu 1 Malaysia yang dikendalikan oleh IB pada tarikh yang sepatutnya Muzikal Gamat melalui proses akhir. “Walaupun kita sudah menempah Panggung Sari lebih setahun lalu, tetapi kami sanggup memberi laluan kepada Konsert Orkestra Tradisional Melayu 1 Malaysia kerana ia adalah program anjuran kerajaan yang wajar diberikan sokongan.
“Sekiranya kami masih mahu meneruskan pementasan pada tarikh asal, ia tidak akan membantu kami dari segi teknikal dan mutu persembahan kerana masa yang diperuntukkan hanya dua hari sebelum pementasan berlangsung,” katanya. Bagi tarikh baru itu, Siti Rohaya menjelaskan, pementasan akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 8 Oktober dan dari 11 Oktober hingga 12 Oktober, jam 9.30 malam. Manakala 9 dan 10 Oktober tiada pementasan. Pada pementasan itu, harga tiket adalah RM150, RM100, RM80, RM50 dan RM30. Persembahan di sebelah petang iaitu pada 4 Oktober dan 11 Oktober pula, harga tiket hanya RM20.
Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang sudah membeli tiket pada tarikh 2 dan 3 Oktober boleh membuat pertukaran tarikh baru atau berhak untuk menuntut wang mereka semula dengan menunjukkan tiket yang dibeli sebagai bukti. Teater Muzikal Gamat terbitan CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PTVM) ini menampilkan barisan pelakon mantap seperti Adibah Noor sebagai Ikan Pari, Amy Mastura (Ibu Gamat), Zuhairi Ibrahim (Bapa Gamat), Datin Natasha Hudson (Ikan Buntal) dan Avaa Vanja (Ketua Buntal). Sementara itu, beberapa bakat baru turut dicungkil seperti finalis program One In A Milion musim kelima, Anith Aqila Sulaiman (Gamat betina), bakat baru berusia sembilan tahun, Aidil Solehin (anak Gamat) dan 80 pelakon lain daripada pelbagai antarabangsa. Teater arahan Zaifri Husin ini menceritakan mengenai kehidupan laut yang melalui pelbagai masalah termasuklah pencemaran akibat toksid. Kumpulan Gamat pula menjadi hero kerana berjaya menyembuhkan penyakit itu.
Keterangan lanjut boleh menghubungi 03-61866592 atau melayari www.muzikalgamat.blogspot.com atau www.tiket2u.biz, manakala sebarang kemusykilan berkaitan dengan tiket boleh hubungi Istana Budaya di talian 03-40265555
Keterangan lanjut boleh menghubungi 03-61866592 atau melayari www.muzikalgamat.blogspot.com atau www.tiket2u.biz, manakala sebarang kemusykilan berkaitan dengan tiket boleh hubungi Istana Budaya di talian 03-40265555
No comments:
Post a Comment