Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Friday, March 12, 2010

Gamat kurang pikat korporat

12 Mac 2010, Berita Harian

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Teater muzikal ajak penonton cintai alam sekitar dianggap kurang komersial
MASALAH mendapatkan penajaan bagi pementasan teater bukan perkara baru di negara ini. Keadaan itu sebenarnya sudah berlarutan agak lama dan masih lagi dapat dirasakan penerbit teater sehingga ke hari ini.
Teater muzikal Gamat yang dipentaskan buat kali kedua selama 11 hari bermula 12 Mac ini juga berdepan masalah serupa. Kata penerbitnya, Siti Rohayah Attan, syarikat korporat agak sukar untuk memberikan kerjasama apabila bercakap mengenai soal penajaan teater.
Walaupun disokong tema yang baik seperti mengajak penonton untuk mencintai alam sekitar sebagaimana yang dipersembahkan menerusi Gamat, namun bagai ada halangan untuk syarikat korporat tampil ke depan memberikan pertolongan. Mungkin sifat teater itu sendiri yang dianggap kurang komersial dibandingkan dengan rancangan televisyen, filem mahupun konsert, maka penaja lebih suka mengambil sikap berhati-hati sedangkan teater antara cabang seni yang seharusnya disokong dengan lebih hebat lagi bagi memperkembangkan bidang seni persembahan di negara ini.
Nasib Rohayah agak baik pada kali ini kerana syarikat Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd sudi tampil menghulurkan bantuan apabila teater muzikal arahan Zaifri Husin itu dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur.

"Sebenarnya, kami cuba mendapatkan sokongan Healwell sejak musim pertama lagi, apabila teater muzikal ini dipentaskan di Istana Budaya. Namun, nampaknya rezeki kami bersama mereka hanyalah pada musim kedua.
"Kami amat bersyukur apabila syarikat ini bersedia menghulurkan tajaan, dengan 70 kos penerbitan dibiayai mereka," kata Rohayah pada majlis pelancaran teater itu yang disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.

Rohayah, begitupun enggan mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan produksi.

Katanya, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Profesor Hassan Yaacob bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikatnya, CTRA Production, apabila dia mendapat maklum balas yang baik daripada orang ramai yang sudah menyaksikan musim pertama Gamat.
Dengan adanya syarikat yang sanggup membantu, kata Rohayah, pementasan itu dapat disaksikan lebih ramai lagi penonton, yang seterusnya mendapat pesanan berguna daripada pertunjukan berkenaan.
Jika pementasan itu disaksikan kira-kira 8,000 penonton pada musim pertama, kali ini mungkin jumlah lebih kecil dapat menontonnya kerana auditorium itu sendiri mempunyai kapasiti lebih kecil berbanding dewan utama Istana Budaya.

Namun begitu, Gamat 2 yang akan dipentaskan sebanyak 15 kali sepanjang tempoh berkenaan mencatat sambutan membanggakan apabila tiket bagi beberapa persembahan sudah pun habis dijual.
Mulai 6 Mac lalu, tiket turut dijual di lokasi persembahan. Peminat juga boleh mendapatkannya dengan menghubungi 03-61866592 dan 012-2977220 atau layari laman web www.muzikalgamat.blogspot.com.
Di samping mengekalkan beberapa pelakon asal, musim kedua menampilkan kelainan apabila dua artis wanita popular - Misha Omar dan Ziana Zain - turut diketengahkan sebagai bintangnya. Selain mereka, teater muzikal itu diperkuatkan Amy Mastura, Aidil Solehin Marhalim, Zuhairi Ibrahim, Nur Syahida Marzuki, Nazri Ahmad dan ramai lagi.
"Sejak musim pertama lagi kami sebenarnya ingin mendapatkan Ziana. Namun ketika itu penyanyi ini sedang hamil dan kemudian, dia berpantang selepas melahirkan anak kembar. Sekarang, dia tidak lagi mempunyai alasan untuk menolak tawaran kami," kata Rohayah sambil tersenyum.
Ziana, katanya, banyak menghidupkan persembahan, bukan saja kerana wataknya sebagai ketua obor-obor yang jahat, malah cukup betah melayan kerenah begitu ramai pelakon kanak-kanak.
Bagaimanapun Ziana tidak akan muncul pada persembahan 3 petang, begitu juga dia tidak berlakon pada 13 dan 15 Mac (8.30 malam). Tempatnya digantikan pelakon Suhaila Awang.
Gamat mengisahkan kehidupan alam laut yang penuh pelbagai kisah suka duka. Dengan berbagai-bagai makhluk marin menghuni dunia terbabit, sebahagiannya bersifat baik dan sebahagiannya pula jahat. Antara makhluk berkenaan termasuklah gamat, ketam, tapak sulaiman, sotong kurita, obor-obor, ikan barakuda, kuda laut, sotong, landak laut, umang-umang dan ikan todak.

No comments:

Post a Comment