Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Friday, March 12, 2010

Artis popular tumpang Muzikal Gamat 2

7 Mac 2010, KOSMO!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

DIANA, Amy dan Misha adakalanya tercabar dengan bakat dan kesungguhan yang ditunjukkan pelakon-pelakon cilik yang mendominasi jumlah pelakon Muzikal Gamat 2.

KOSTUM yang beraneka, watak-watak comel hidupan laut yang berwarna-warni serta lontaran dialog yang seakan laungan daripada jiwa, itu secebis perkenalan oleh Muzikal Gamat 2.



Meminjam lautan sebagai latar dan hidupan laut sebagai karakter utama, teater muzikal terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia itu kini memasuki versi kedua persembahan pada 12 Mac depan.


Masih mengekalkan kisah seperti di Istana Budaya pada Oktober lalu, versi kedua yang memilih Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur itu tetap tampil dengan perincian istimewa.


Menggamatkan muzikal arahan Zaifri Husin itu, nama-nama popular seperti Ziana Zain, Amy Mastura, Misha Omar, Diana Johor serta Zuhairi Ibrahim ditampilkan. Mulanya, Misha bergagah mengheret anaknya, Mohamad Adam Emie, 4, untuk ikut sebagai pelakon tapi stamina anak kecilnya terganggu dan berhenti separuh jalan.


Antara kredibiliti dan populariti, rasa yang terjentik, adakah mereka sekadar penghias atau pemangkin sukses muzikal berkenaan?


Sensasi Bintang: Muzikal Gamat 2 bukan teater perdana yang menjanjikan pulangan besar.


Apa yang membuatkan kalian terpanggil ikut serta sebagai pelakon utama?


MISHA OMAR (M): Ini teater pertama saya. Sebelum ini ada beberapa tawaran teater datang kepada saya, tapi tidak berani ambil risiko. Teater jauh berbeza daripada nyanyian, nyanyian lebih bebas sebaliknya teater ada disiplin-disiplin tertentu, itu yang buat saya takut.


Tapi kali ini lain, tawaran ini membuatkan saya rasa lebih selamat tambahan pula rasa ada geng, ada Amy Mastura dan Ziana Zain.




DIANA JOHOR (D): Sejak zaman sekolah lagi saya minat berlakon, saya masuk pasukan teater sekolah dan bertanding dengan sekolah-sekolah lain. Tapi sejak jadi pelakon, saya tidak pernah berteater.


Cuma selepas menyuarakan hasrat itu kepada Erma Fatima dalam satu pertemuan di Finas tidak lama dahulu, saya diperkenalkan kepada Siti Rohayah Atan (penerbit teater ini). Dia minta saya datang ke uji bakat dan diterima. Apa yang saya mahukan adalah pengalaman memandangkan ini teater pertama saya


AMY MASTURA (A): Saya pernah terlibat dengan Muzikal Gamat yang pertama, jadi saya tiada alasan untuk menolak tawaran ini.



Apa yang kalian faham dengan budaya teater?


M: Teater satu seni yang penuh dengan disiplin.


D: Ia satu tahap lakonan yang menjadikan ekspresi sebagai perkara utama.


A: Satu kerja yang meletihkan dan dalam masa yang sama sangat menyeronokkan.


Teater selalu dikaitkan dengan rejim latihan yang cukup intensif, setakat ini bagaimana?


M: Mula-mula agak sukar untuk menyesuaikan diri. Masa mula sampai ke studio latihan, rasa susah sangat sebab orang sudah memulakan latihan terlebih dahulu.


Rasa macam bodoh tetapi bila sesuaikan diri, mulalah rasa seronok dan tak sabar yang ikut latihan. Saya sukakan cara produksi ini bekerja, mereka sangat membantu.


D: Sehingga hari ini (1 Mac) sudah dua kali saya demam. Sekarang saya sudah ada stamina dan mampu melontarkan suara seperti yang dimahukan pengarah.


A: Sebab saya bukan jenis yang gemar bersukan, saya anggap latihan untuk muzikal ini sebagai satu riadah, lagipun bukan selalu dapat keluarkan peluh.


Apa yang paling sukar untuk diikuti?


M: Paling sukar adalah hendak mengikut koordinasi tarian, nyanyian dan dialog yang telah ditetapkan oleh pengarah.


D: Mula-mula semua benda agak sukar bagi saya. Maklumlah saya tak tahu apa-apa pasal teater. Suara saya tak cukup kuat dan tidak tahu bagaimana hendak berekspresi.


Bahagian tarian adalah paling susah sebab dalam masa yang sama kena menonjolkan karakter obor-obor itu sendiri.


A: Sukar akan terasa bila kita tak tahu apa yang hendak dilakukan tapi setiap perkara akan jadi senang bila kita sudah dapat rentak dan faham setiap gerakan. Saya sendiri masih rasa gementar.


Apabila berkongsi pentas dengan pelakon kanak-kanak, apa yang terlintas di fikiran?


M: Mereka sangat jujur, komited dan bersemangat. Mereka datang latihan tapi masih boleh buat kerja sekolah. Saya terkejut dengan bakat pelakon kanak-kanak, rasa diri ini kecil dan tidak setaraf dengan mereka terutamanya pelakon watak Anak Gamat (Aidil Solehin Marhalim).


Dia sangat berbakat dan setiap masa ada sahaja pembaharuan yang dilakukan. Semangat itulah yang mahu saya pinjam daripada mereka.


D: Mula-mula rasa janggal tapi saya tidak kekok dikelilingi kanak-kanak sebab sudah terbiasa dengan kerenah anak-anak saudara. Kanak-kanak sangat kelakar.


A: Dunia teater saya hanya dengan kanak-kanak, dulu saya jadi kanak-kanak dalam Siti Alam Fantasi, teruk saya dikerjakan tapi sekarang okey sikit sebab bawa watak ibu gamat


Bagi saya kanak-kanak lebih peka dengan arahan. Dalam masa yang sama kita kena hati-hati dan jangan sesuka hati mahu membuat tambahan atau tukar koordinasi yang telah ditetapkan semasa persembahan, impaknya besar sebab mereka akan diam dan tidak memberikan tindak balas sehinggalah diberi petunjuk yang mereka boleh faham.



Teater yang paling kalian kagumi:


M: Saya pernah tengok Annie the Musical, ia sungguh mengagumkan.


D: Saya sukakan Lantai T. Pinkie, begitu juga dengan P. Ramlee The Musical.


A: Saya masih tidak boleh melupakan Siti Di Alam Fantasi, itu teater lakonan saya 10 tahun lepas (sambil ketawa).


Produksi Muzikal Gamat 2 meriah dengan nama-nama popular. Kolaborasi ini menguntungkan siapa dan adakah penglibatan kalian sekadar penyeri produksi?


M: Sebagai artis, rasanya kami sekadar menambahkan nilai komersial kepada teater ini tanpa menjatuhkan nilai yang telah sedia ada.


Sebagai artis, saya kena tahu tanggungjawab dan ambil tugas ini bukan sekadar untuk suka-suka. Bukan teater yang harus menerima siapa saya tetapi saya yang harus larut dengan disiplin teater.


Muzikal Gamat 2 juga tidak menumpang populariti artis sebaliknya artis termasuk Misha Omar ini yang menumpang Muzikal Gamat 2.


D: Penonton juga mahu melihat artis kegemaran mereka beraksi di pentas teater. Secara peribadinya, penglibatan dengan Muzikal Gamat membuka banyak pintu yang tidak pernah saya kenali sebelum ini.


Saya jenis yang pendiam tapi terlibat dengan teater menjadikan saya sebagai orang yang lebih terbuka dan berkeyakinan.


Rasa malu juga sudah menurun. Tujuan saya hanya untuk mengekspresikan diri bukan untuk pulangan wang.


A: Bila sudah terima tawaran untuk berlakon teater, siapa pun pelakonnya, termasuk saya sendiri haruslah melunaskan tanggungjawab ini dengan baik. Ini satu pakatan yang memberi manfaat kepada semua.


No comments:

Post a Comment