Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Monday, August 24, 2009

Gamat @ www.Budiey.com


SINOPSIS MUZIKAL GAMAT

Kehidupan di dunia yang semakin ‘sakit’ dan tercemar menjadi intipati kepada persembahan ini. Begitu juga pengamalan gaya hidup sihat, kesedaran terhadap penjagaan kesihatan serta menghindari penyakit dan isu pencemaran alam sekitar.

Muzikal Gamat mengisahkan tentang suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat).
Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan telah berjumpa dengan Mat (anak gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) menyuruh Mat duduk saja di rumah.
Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan pengikutnya, iaitu Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Kurita teramat marah dan semakin sakit.
Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Ikan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui kembali anaknya.
Ketika dalam perjalanan mencari anaknya pelbagai peristiwa berlaku yang disaksikan oleh Ibu Gamat, termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Dia turut terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan binatang lain yang sedang sakit. Ada yang sakit akibat obesiti, banyak merokok dan minum arak. Ada juga binatang yang sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat.
Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka turut berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.


INFO MUZIKAL GAMAT
Tarikh Persembahan :4 – 12 OKTOBER 2009(TIADA PERSEMBAHAN PADA 9 & 10 OKTOBER 2009)
Masa Persembahan Malam :8.30 Malam ( 4 - 12 OKTOBER 2009)
Masa Persembahan Matinee (Petang) :3.00 Petang (PADA 4 DAN 11 OKTOBER SAHAJA) - TIKET : RM20 Tempat Persembahan :Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket :RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150RM20 (Untuk persembahan Matinee – 3 & 4 Oktober sahaja)
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi :BOX OFFICEISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPURTel: 03-4026 5558
Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja)9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
CTRA PRODUCTION :Tel: 03-6186 6592, 017-871 6060, 012-297 7220
Laman Sesawang :
http://www.muzikalgamat.blogspot.com/
Pembelian Tiket (Online)
http://www.ticket2u.biz/ Tel: 03-4149 8600



INFO PEMENTASAN
JUDUL TEATER : Muzikal Gamat
KONSEP : Muzikal
LATAR : Dasar Laut
PENGANJUR : CTRA Production
KERJASAMA :Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)Istana BudayaJabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN)Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)Kementerian Kesihatan MalaysiaDe’ Media & Event Entertainment
PENAUNG : YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin(Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia)
PENERBIT :Siti Rohayah Attan
SKRIP :Zaifri Husin(Idea kolaborasi pelajar Teater Tahun 2, 2006 – ASWARA)
PENGARAH : Zaifri Husin
KOMPOSER : Hafiz Askiak
KOREOGRAFER : Eliza Mustafa & Md. Desa Rahman

2 comments:

  1. Ada lagi yang Budiey sempat post:

    http://www.budiey.com/gelagat-lucu-adik-aidil-solehin-anak-gamat/

    dan

    http://www.budiey.com/gambar-sekitar-majlis-hari-raya-bersama-teater-gamat/

    thanks

    ReplyDelete
  2. Sekalung tahniah kerana mengangkat tema TEMA KHAZANAH ALAM LAUTAN YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI HUTAN DI DASAR LAUT. SHAZRYN MOHD FAIZAL telah mengulas dengan panjang lebar mengenai teater ini dalam HITS MEGA (UTUSAN 7 OKTOBER 2009). Teater ini akan lebih berjaya dan meyakinkan seandainya Saudara Zafri Husin berusaha lebih sedikit membuat kajian ilmiah tentang TAMAN LAUT dan PENGHUNINYA untuk pemilihan WATAK. IKAN BUNTAL ADALAH WATAK YANG MENARIK. IA MEMILIKI CIRI SAMSENG. Jadi ia sesuai menjadi pengikut
    kurita; bukannya
    polis laut......... INI PANDANGAN SAYA UNTUK MENJADIKAN TEATER INI MENJADI LEBIH INDAH. HIBURAN BERINFORMASI.

    Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu (Ketam batu tidak wajar wujud dalam teater ini. Ia bukan penghuni di lokasi cerita. Ganti saja dengan watak lain) dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan telah berjumpa dengan Mat (anak gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton (Ini Fakta! Tidak ada Taman Plankton di mana2 lautan. Sekalipun wujud, ia terhapus bila laut tercemar. Plankton cukup sensitif terhadap pencemaran. Lebih elok gantikan saja dengan SOFT CORAL GARDEN http://www.youtube.com/watch?v=zFhZg9JS8QY atau CORAL GARDEN http://www.youtube.com/watch?v=AhvBZMNF6VI&feature=related. ATAU thenakedscientists.com Ia nyata dan sungguh mempesoanakan. )tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) menyuruh Mat duduk saja di rumah. GAMAT BUKAN SPESIES YANG MERAYAU! TAPI IA TETAP BERGERAK PADA KADAR YANG AMAT PERLAHAN BERBANDING DENGAN KUDA LAUT. Sayang watak kuda laut yang juga ada khasiat perubatan dan dieksploitasi tidak diwujudkan. Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. ......... untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. (BUNTAL SESUAI JADI PENGIKUT KURITA KERANA SIFAT SAMSENGNYA DI LAUT). Malangnya, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat............Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Ikan Buntal (Polis Laut). Ikan Buntal tidak sesuai mengambil watak Polis Laut. Ia tidak memiliki ciri2 polis. Ciri polis adalah mengintip. meronda dan lain2 yang kita sedia maklum. Watak polis laut wajar di beri kepada Belut Laut http://www.youtube.com/watch?v=tGUvKpw79r4&feature=fvsratau Sergeant Major Fish http://www.youtube.com/watch?v=qUVQlIwatwc atau Parrot Fish http://www.youtube.com/watch?v=1kwTxpeS2u4.) Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut SESUAI JADI POLIS LAUT). ........., termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. ....... Ada juga binatang yang sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat.
    Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka turut berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

    SEKALUNG TAHNIAH PADA SEMUA YANG MENJAYAKAN TEATER INI. JALAN CERITA YANG SIMPLE DAN MENARIK.

    Pada masa hadapan, jika teater ini di ulang persembahannya, ada baiknya penganjur memberi penonton satu pamplet yang mengandungi maklumat ringkas mengenai watak(FAKTA GAMAT, IKAN BUNTAL, TAPAK SULAIMAN DAN LAIN2. RINGKAS MEMADAI. DAN JUGA SERBA RINGKAS MENGENAI TAMAN LAUT DAN ETIKA TAMAN LAUT.

    UNIT TAMAN LAUT
    PENCINTA TAMAN LAUT.

    ReplyDelete