Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Thursday, August 27, 2009

Gamat @ Mangga Online

Gamat Papar Gaya Hidup Sihat
http://www.manggaonline.com.my/jom-libur/sanggar-teater/1888-gamat-papar-gaya-hidup-sihat.html
Ditulis oleh Nonie Isnin, 24 Ogos 2009 12:08


Kesihatan di dunia makin terancam gara-gara mengabaikan aspek kebersihan yang asas. Di atas kesedaran itulah, Muzikal Gamat cuba memaparkan suka duka kehidupan laut yang dihuni pelbagai hidupan yang terancam akibat perbuatan manusia. Teater ini diinspirasikan daripada idea kolaborasi pelajar Teater Tahun 2, 2006 ASWARA dan diarahkan oleh Zaifri Husin.
Cerita difokuskan kepada Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat) dan berlatarkan dasar lautan. Kehidupan laut yang semakin terancam turut menyebabkan Ibu Gamat dan anaknya menjadi buruan kerana khasiat yang dimilikinya. Kurita dan Obor-Obor menjadi watak jahat dimana mereka merancang untuk menangkap Ibu Gamat untuk menyembuhkan penyakit Kurita. Namun, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Bermulalah perjalanan Ibu Gamat untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa penjahat. Sepanjang perjalanannya bersama Ikan Buntal (polis laut), pelbagai peristiwa berlaku termasuklah banyak hidupan laut berhadapan dengan penyakit akibat pencemaran. Berjayakan Mat ditemui? Saksikan kesudahan teater yang penuh dengan unsur positif dalam menuju gaya hidup sihat.Apa yang menarik dalam Muzikal Gamat ini, barisan pelakonnya terdiri daripada kanak-kanak yang berusia seawal tiga tahun sehingga 40 tahun. Teater yang ditaja Kementerian Kesihatan ini bakal ditayangkan pada 2 hingga 8 Oktober 2009. Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh menghubungi 03-4149 8600 atau 03-4026 5558

No comments:

Post a Comment