Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda
Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts
Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Ziana, Misha bakal beraksi dalam muzikal Gamat



ZIANA ZAIN dan Misha Omar antara dua pelakon utama yang bakal menggamatkan pementasan Muzikal Gamat musim kedua yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula 12 hingga 22 Mac depan.

Teater itu juga dipentaskan CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Matic, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Istana Budaya (IB). Lebih menarik, ia juga julung kalinya kemunculan Ziana dan Misha di pentas teater tempatan.

"Ziana akan membawa watak Ketua Obor-Obor yang juga watak jahat dalam pementasan teater berkonsep kanak-kanak ini. Misha pula akan membawa watak Ketua Ikan Buntal untuk menggantikan tempat Natasha Hudson yang membawa watak itu pada musim pertama," kata penerbitnya, Siti Rohayah Attan.

Sebelum ini, pihaknya pernah berbincang dengan Ziana untuk menawarkan berlakon dalam teater Bukan Dejavu 2, tetapi Ziana pula disahkan mengandung ketika itu dan perancangan berkenaan terpaksa dibatalkan.

"Apabila saya hendak pentaskan Muzikal Gamat di IB, saya juga menawarkan dia berlakon, tapi pada waktu itu Ziana masih dalam tempoh berpantang. Justeru, kali ini pihak kami sangat berharap Ziana akan menerima tawaran berlakon," katanya.

Selaku produser, Rohayah mengakui Ziana dan Misha mempunyai daya tarikan kuat untuk menarik penonton ke pentas teater. Katanya, apa yang menarik teater berkenaan menggabungkan pelakon dewasa dan kanak-kanak semuda usia dua tahun.

"Pelakon yang paling muda ialah anak kepada pelakon Juhara Ayob yang berusia dua tahun. Begitu juga dengan anak Amy Mastura yang masih terbabit dalam musim kedua ini.

"Mereka juga menjadi kanak-kanak berani dan aktif apabila menjayakan sesi latihan dan pementasan. Pada masa sama, kami bercadang melamar anak Ziana dan Misha sendiri untuk beraksi nanti," katanya.

Tambah Rohayah lagi, pihaknya terpanggil untuk mementaskan semula teater Muzikal Gamat berdasarkan sambutan memberangsangkan pada Oktober lalu.

"Ia dipentaskan atas kesedaran bumi dan laut semakin nazak kerana perbuatan keji manusia sedangkan jangka hayatnya boleh dipanjangkan jika sikap jahat itu boleh dihindari. Kami menghasilkan teater muzikal ini dengan hasrat untuk semua masyarakat berfikir bagaimana menjadi makhluk bersopan kepada alam ini," katanya.

Cerita ini mengisahkan suka duka kehidupan makhluk laut seperti Gamat, Ketam, Kurita, Obor-Obor, Umang-Umang, Landak Laut, Belut, Barracuda, Kuda Laut dan Tapak Sulaiman.

Kehidupan mereka akhirnya dicemari sisa toksid sehingga Kurita mahu menculik Ibu Gamat untuk menjadikannya sebagai penawar. Namun, Kurita tersalah culik iaitu Anak Gamat menyebabkan suasana di lautan menjadi kucar-kacir.

Selain Ziana dan Misha, barisan pelakon lain termasuk Amy Mastura, Zuhairi Ibrahim, Nur Syahida Marzuki, Anith Aqila Sulaiman (OIAM), Diana Johor, Aidil Solehin Marhalim, Eewen Teoh serta 40 pelakon pembantu. Teater karya dan arahan Zaifri Husin ini ditaja Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd iaitu syarikat yang popular dengan pengeluaran gamat milik Datuk Prof Hassan Yaacob.

Tiket bagi menyaksikan pementasan Muzikal Gamat musim kedua ini dengan berharga RM50 dan RM22. Untuk keterangan lanjut hubungi 03-6186 6592/ 017-8716 060/ 012-2977 220 atau layari www.muzikalgamat.blogspot.com

Thursday, February 18, 2010

Gamat 2 umpan Ziana, Misha








Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

Gambar SAFWAN HADI MUSTAPA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm&arc=hive


(Dari kiri) Amy Mastura, Ziana Zain dan Misha Omar.


TEATER Muzikal Gamat yang dipentaskan tahun lalu di Istana Budaya (IB) bermula 4 hingga 12 Oktober 2009 yang menampilkan Amy Mastura selaku Ibu Gamat hadir penuh warna-warni dalam menghidupkan suasana dasar laut.

Penyertaan artis popular, Amy Mastura berjaya menarik minat ramai penonton khususnya kanak-kanak bertandang ke IB, menyaksikan pementasan teater yang menceritakan kisah hidupan laut itu.

Kini, teater Muzikal Gamat kembali lagi buat musim kedua dan kali ini lebih istimewa apabila ahli keluarga Gamat bertambah besar dan meriah dengan penyertaan oleh dua orang lagi penyanyi yang hebat, Ziana Zain dan Misha Omar.

Ziana akan melakonkan watak Ketua Obor-Obor, Misha (Ketua Buntal), manakala pelakon utama lain yang dikekalkan adalah Amy (Ibu Gamat), Zuhairi Ibrahim (Bapa Gamat) dan Aidil Solehin Marhalim (Anak Gamat).

Kali ini pementasan Muzikal Gamat kembali menemui penggemar teater tanah air pada 12 hingga 22 Mac ini di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.

Muzikal terbitan CTRA Production ini turut mendapat kerjasama MaTiC, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Istana Budaya dengan tajaan Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd.

Menurut penerbit teater Muzikal Gamat 2, Siti Rohayah Attan, dia sebelum ini pernah menawarkan peluang kepada Ziana berlakon dalam teater tetapi ketika itu penyanyi berkenaan disahkan mengandung dan hasrat itu terpaksa dibatalkan.

Menerusi pementasan musim kedua ini, Ziana akan membawa watak Ketua Obor-Obor yang juga watak jahat dalam pementasan teater berkonsep kanak-kanak ini.

Sementara Misha pula akan membawa watak Ketua Ikan Buntal yang nakal tetapi berani dan akan membantu Ibu Gamat mencari Anak Gamat.

"Antara cabaran krew produksi terutamanya pengarahnya, Zaifri Husin nanti adalah dalam mengawal pelakon kanak-kanak yang sangat aktif dari mula latihan hinggalah ke malam.

"Kalau kanak-kanak lain memang aktif, tetapi kanak-kanak yang berlakon Gamat ini sangat aktif," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar teater Muzikal Gamat 2 yang diadakan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain penyertaan Ziana dan Misha yang menyertai akuarium Gamat ini, teater ini turut akan berubah setnya memandangkan pentas di MaTiC lebih kecil berbanding di pentas IB.

Teater Muzikal Gamat 2 turut akan menampilkan watak istimewa iaitu Profesor Gamat yang dilakonkan oleh Nazri Ahmad.

Profesor Gamat akan memberikan penerangan saintifik mengenai kemusykilan tentang hidupan laut itu.

Ziana akhirnya ke pentas teater
Sepanjang pembabitan Ziana dalam dunia seni tanah air, penyanyi yang baru saja melahirkan sepasang anak kembar ini tidak pernah terlibat dengan pementasan teater.

Bukanlah niat Ziana memilih atau tidak berani untuk terlibat dengan teater, sebaliknya sebelum ini beliau tidak berkesempatan untuk melibatkan diri.

Secara peribadi, Ziana mengakui, sudah lama dia jatuh cinta untuk terlibat dengan pementasan teater muzikal tetapi tidak mempunyai masa yang sesuai sebelum ini.

"Teater memerlukan pengorbanan masa yang besar untuk hadir latihan dan baru kini saya mempunyai sedikit kelapangan dan tawaran datang tepat pada masanya.

"Saya sangat teruja dengan teater ini kerana selama ini saya menghiburkan orang dewasa sahaja, seronok juga dapat menghiburkan kanak-kanak," katanya yang sudah tidak sabar mahu beraksi di teater itu.

Apa yang turut menarik perhatian Ziana untuk menjayakan pementasan Gamat ini ialah kerana anak-anaknya.

"Anak saya Muhammad Aiman yang berusia 10 tahun amat menggemari subjek sains terutamanya tentang hidupan laut.

"Secara tidak langsung subjek teater ini amat bagus untuk semua orang terutamanya kepada kanak-kanak kerana ia adalah hiburan yang mendidik," kata ibu ranggi kepada empat orang anak ini lagi.

Misha benarkan anak berlakon
Lumrah bagi seorang ibu, tidak sah jika mereka tidak mengaitkan anak-anak dalam apa saja perbualan mereka.
Kalau Ziana dengan perihal empat anaknya, Misha Omar yang masih bujang juga ada cerita mengenai anaknya.
Seperti yang semua orang sedia maklum, Misha yang memiliki seorang anak angkat turut tidak ketinggalan teruja untuk menjayakan pementasan muzikal Gamat ini.
Bagi Misha atau nama sebenarnya Samiha Omar, dia sudah tidak sabar-sabar untuk menjayakan watak Ketua Buntal.
Pada masa yang sama, Misha juga bercadang untuk cuba membawa anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang berusia empat tahun untuk berlakon sama.
"Pihak penerbit ada menawarkan anak saya, untuk turut sama berlakon dalam teater ini. Saya tidak akan menghalang jika anak saya berminat untuk turut sama.
"Lagipun Adam agak aktif di taska dan sering terlibat dengan persembahan pentas ketika di taska," kata si dara kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini lagi.
Menurut penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini, apa yang membuatkan dia tertarik untuk menyertai teater ini ialah membantu menyalurkan mesej kepada khalayak.
Muzikal Gamat disifatkannya mempunyai mesej yang berguna dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Wednesday, February 17, 2010

Geli Gamat Tarik Minat Misha, Ziana







17-Feb-2010

Oleh: Thani Hasbullah
Photo oleh : Mazlan Photography

Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 12 FERUARI 2010 : Masih ingat lagi kisah Gamat yang berlatar belakangkan kehidupan laut yang dipenuhi dengan hidupan marin seperti ketam, sotong, obor-obor, tiram, bintang, undang kara, kuda laut, ikan todak mahupun gamat!

Kisah suka duka mereka kembali menghiburkan penonton melalui Teater Muzikal Gamat Musim Ke-2 (TMG2) yang akan mula dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur bermula pada 12 Mac ini.
Bahkan, pementasan selama 11 hari itu dikatakan lebih istimewa dengan kemunculan 2 lagi selebriti popular iaitu Ziana Zain dan Misha Omar yang masing-masing julung kali kalinya menjejakkan kaki ke dunia teater.
Ziana bakal memegang watak jahat iaitu Ketua Obor-Obor, manakala Misha Omar memainkan peranan sebagai Ketua Buntal menggantikan tempat Natasha Hudson. Selain itu, Amy Mastura kekal memgang watak Ibu Gamat.
Menurut Ziana, tawaran ini begitu istimewa baginya. Ia kerana TMG2 dianggap salah satu cara bagaimana untuk menghiburkan kanak-kanak dan memahami dunia mereka. Apatah lagi beliau kini sudah memiliki keluarga besar.
"Walaupun saya masih lagi tidak tahu apakah peranan watak Ketua Obor-Obor, tetapi saya dah rasa teruja untuk berlakon. Apatah lagi anak saya (Aiman) tu memang suka sangat sains dan kehidupan dalam laut. Saya pasti dia akan terhibur tengok maknya berlakon nanti.
"Bagi saya teater ini adalah hiburan yang sihat dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Malah bersesuaian dengan pelajaran di sekolah, bagi murid-murid.
"Sebenarnya memang dah lama saya ditawarkan untuk berlakon dalam teater ini, malah sejak di musim pertama lagi. Maklumlah pada masa tu saya sedang mengandung. Tapi kali ini ia sangat sesuai kerana saya sudah sihat," katanya.
Ziana Zain yang baru sahaja melahirkan anak kembarnya baru-baru ini kini semakin aktif dalam kariernya. Beliau turut terlibat dengan Teater Antara Syurga & Neraka sebagai penyanyi bagi beberapa babak yang diperlukan.
TMG2 yang bakal dipentaskan di MATIC, Kuala Lumpur itu nanti membariskan 46 pelakon. Pada musim lalu, ia menggunakan khidmat 91 pelakon dan dipentaskan di Istana Budaya.
Menurut Misha pula, penglibatannya pada teater ini dianggap satu cabaran baru sekaligus menambahkan lagi kepelbagaian terhadap kariernya sebagai anak seni.
"Saya berasa cukup bertuah diberi peluang kerana saya memang meminati teater ini. Lagipun Teater Gamat adalah hiburan ringan dan wataknya senang untuk dibawa. Asyik menghiburkan orang dewasa je, biarlah kali ini untuk kanak-kanak pula.
"Ini adalah penglibatan pertama saya dalam dunia teater. Pasal komitmen memang saya ti tiada masalah.Bila saya mencuburi bidang baru, memang saya kena buat macam orang bau lah.. Banyak benda yang perlu dipelajari.
"Selepas hadir uji bakat beberapa minggu lalu, saya diterima masuk untuk memegang watak Ketua Buntal. Pada mulanya agak gementar tetapi selepas difikirkan balik, saya yakin boleh lakukan kerana ia teater muzikal yang agak spontan. Ia menjadi kebiasaan bagi saya ketika berada di pentas.
"Sebelum ini saya pernah membuat persembahan di Istana Budaya. Walaupun TMG2 tidak pentas di situ lagi tetapi setidak-tidaknya saya memahami bentuk dan susunan pentas teater.
"Apa yang berbezanya dalam teater, ia tiada cut. Menjadi atau tak mesti kena jalan juga. Itu lah cabarannya. Tapi saya pasti dengan latihan yang bermula pada 22 Februari ini, saya akan buat sebaik mungkin," Kata Misha.
Selain TMG2, Misha turut menerima tawaran berlakon watak Dara menerusi Teater Uda & Dara yang bakal dipentaskan pada hujung tahun ini.
Orang ramai yang berminat untuk menonton teater terbitan CTRA Production ini bolehlah menghubungi 03-61866592 atau 012-2977220 untuk membuat tempahan tiket. Untuk keterangan lanjut sila layari www.muzikalgamat.blogspot.com

Tangan Ziana Zain Melecur Terkena Air Panas







ARKIB : 12/02/2010



Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 11 Feb. – Tetamu dan wartawan pada sidang akhbar teater Muzikal Gamat musim kedua hari ini dikejutkan dengan penampilan artis terkenal, Ziana Zain yang berbalut kedua-dua belah tangannya.
Ia bukan gimik tetapi memang Ziana benar-benar cedera. Penyanyi lagu Puncak Kasih itu mengalami kecederaan apabila kedua-dua belah tangan dan bahagian lain badannya melecur akibat terkena air panas.

“Kemalangan ini berlaku ketika saya sedang menyediakan sarapan pagi dan membancuh teh tarik, entah bagaimana teko yang saya pegang terjatuh.

“Akibatnya, kedua-dua belah tangan, bahagian perut dan paha kanan saya melecur terkena air panas.

“Memang pedih tapi selepas pergi ke hospital semuanya beransur pulih dengan bantuan ubat-ubatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kata Ziana, dia kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Selangor oleh suaminya untuk mendapatkan rawatan.

“Mujur suami berada di rumah ketika itu. Saya juga mengerang kesakitan ketika itu. Alhamdulillah, keadaan beransur pulih,” ujarnya lagi.

Menurut Ziana, kerana insiden itu juga, dia terpaksa menunda rakaman program televisyen untuk Slim World yang sepatutnya diadakan Selasa lepas.

Sementara itu, menerusi teater pertama lakonannya itu, penyanyi yang baru saja melahirkan sepasang anak kembar ini akan membawa watak ketua obor-obor yang garang dan jahat.

Dia akan digandingkan dengan dua penyanyi popular lain iaitu Amy Mastura dan Misha Omar.

Teruja dengan pementasan itu, Ziana memberitahu, sudah lama dia teringin untuk terlibat dengan pementasan teater muzikal.

Muzikal Gamat akan dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jln Ampang dari 12 hingga 22 Mac ini.

Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata itu juga, turut terlibat dalam pementasan Antara sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26, 27 dan 28 Februari ini di Istana Budaya.

Ziana, Misha, Diana Johor Muka Baru Muzikal Gamat










Jumaat Februari 12, 2010


Ziana dan Misha antara muka baru Gamat sementara Amy Mastura berlakon dalam teater muzikal itu buat kali kedua. - Foto The Star oleh BRIAN MOH

MUZIKAL Gamat yang bakal dipentaskan buat kali kedua telah memperkenalkan muka baru iaitu penyanyi Ziana Zain, penyanyi Misha Omar dan pelakon Diana Johor.
Ziana akan melakonkan watak Ketua Obor-Obor, Misha (Ketua Buntal) dan Diana (Obor-Obor).
Sementara pelakon utama lain yang dikekalkan adalah Amy Mastura (Ibu Gamat), Zuhairi Ibrahim (Bapa Gamat) dan Aidil Solehin Marhalim (Anak Gamat).
Menurut penerbitnya, Siti Rohayah Atan, dia juga telah menawarkan anak Misha iaitu Muhammad Adam Emir, 4, dan anak Amy yang berusia dua tahun untuk berlakon dalam teater muzikal itu.

                                               
Diana Johor juga merupakan muka baru dalam Gamat.
Selepas dipentaskan pada tahun lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur, kali ini teater Muzikal Gamat kembali menemui penggemar teater tanah air pada 12 hingga 22 Mac depan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur. Muzikal terbitan CTRA Production ini turut mendapat kerjasama MATIC, ASWARA dan Istana Budaya dengan tajaan Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd.
Di bawah terbitan Siti Rohayah Atan, karya sepenuhnya oleh Zaifri Husin itu masih mengekalkan barisan pelakon seperti Anith Aqila Sulaiman, Nur Syahida Marzuki, Sarah Erwin, Eewen Teoh, Grace Yeoh dan ramai lagi.
                                  

Barisan pelakon utama Gamat.

Muzikal Gamat musim pertama menjadi teater pertama di Malaysia yang mengambil dasar lautan sebagai latarnya. Ia juga menjadi teater pertama yang menggunakan kanak-kanak paling muda berusia tiga tahun iaitu Elhann Sairish Azrin di samping 30 kanak-kanak.
Selain itu, ia menampilkan 30 pelakon dewasa lain termasuklah Najua Nasir P.Ramlee dan Shukor Ibrahim.
Gamat mengisahkan tentang kehidupan di dalam laut yang dipenuhi pelbagai kisah suka dan duka. Ia dihuni oleh pelbagai kehidupan laut, ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Gamat, Ketam, Tapak Sulaiman, Kurita, Obor-Obor, Baracuda, Kuda Laut, Sotong, Landak Laut, Umang-Umang dan Ikan Todak.

             

Pelakon kanak-kanak turut menggamatkan teater muzikal ini.

Ibu dan Bapa Gamat mahu menolong Profesor membuat penyelidikan tentang gamat dan menyuruh anaknya Mat duduk di rumah tetapi Mat merasa bosan. Mat telah keluar berjalan-jalan dan bertemu dengan Ketam Bunga, Ketam Batu dan Tapak Sulaiman.

Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan toksid. Kurita mengarahkan Obor-Obor menangkap Ibu Gamat supaya dapat mengubati penyakitnya. Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat.

Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut) yang memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui anaknya.

Ketika dalam perjalanan mencari inilah pelbagai peristiwa terjadi dan disaksikan oleh Ibu Gamat. Ini termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan menggunakan produk gamat ramuan Profesor Gamat.

Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka juga berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan tiket berharga RM22 (3 petang) dan RM50 (8.30 petang).Keterangan lanjut hubungi 03-61866592 atau layari www.muzikalgamat.blogspot.com

Wednesday, January 27, 2010

Ziana Diintai Berlakon Teater 'Muzikal Gamat'







Sabtu Januari 23, 2010

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/23/mstar_hiburan/20100122165519&sec=mstar_hiburan

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ




Wajah terbaru Ziana selepas lebih setahun menyepi dari industri hiburan. - Foto Utusan

TEATER Muzikal Gamat kembali menemui penonton dan khabarnya penerbit Siti Rohayah Attan sedang mengintai pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain untuk turut sama berlakon teater yang akan dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur pada 12 hingga 22 Mac depan.

Menerusi kiriman emel, Siti Rohayah atau mesra disapa Kak Roy ini berkata: “Muzikal Gamat akan dipentaskan semula. Kami sedang mengintai Ziana Zain.”

Ziana akui berminat untuk berlakon teater yang pernah dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober 2009 di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu.

Namun wanita yang mula aktif dalam industri hiburan pada awal tahun ini setelah lebih setahun menyepi itu berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan lagi mengenai teater yang berkisarkan tentang kehidupan laut itu.

Alasan ibu kepada sepasang bayi kembar ini, dia perlu memastikan sama ada jadual kerjanya mampu menampung projek terbaru itu.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Dingin, Madah Berhelah, Anggapanmu dan Puncak Kasih ini, berlakon teater bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main

Ini kerana dia sudah bersetuju sejak tahun lalu untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti Mentor keempat yang dijangka bermula pada Februari atau Mac depan.

“Saya tidak mahu menghampakan orang yang membayar saya dan semua tanggungjawab yang saya terima perlu dilakukan mengikut kehendak mereka.

“Dalam masa yang sama, saya mempunyai komitmen untuk menjaga kedua-dua bayi kembar pada waktu malam. Jadi, semua keputusan perlu difikir sebaik-baiknya,” beritahu ibu kepada pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.

Dalam perkembangan lain, wanita yang baru menginjak usia 42 tahun itu berkata dia juga dalam perancangan untuk tampil dengan single terbaru.

“Setakat ini, saya sudah merakamkan dua buah lagu baru tetapi belum pasti bila ia akan diterbitkan kerana sibuk dengan penggambaran fotografi untuk majalah dan produk Slim World,” ujar Ziana yang bergelar duta Slim World sejak tujuh tahun lalu selepas melahirkan anak keduanya.

Dalam temubual menerusi telefon ini, isteri kepada Armin Zaharin ini juga seronok bercerita mengenai Kaseh dan Ariel saat ditanya mengenai rutin hariannya sejak kebelakangan ini.

Menurut Ziana, nama pasangan kembar itu dipilih oleh Armin menerusi buku. Lantas dia terus bersetuju dengan nama yang dipilih asalkan yang perempuan mempunyai dimulakan dengan nama Siti manakala yang lelaki dengan Muhammad.

“Saya tidak kekok untuk menjaga anak tetapi apabila mendapat dua orang bayi sekaligus, saya memerlukan seorang pembantu.

“Sekurang-kurangnya apabila seorang menjaga anak, seorang lagi boleh membuat kerja rumah.

“Memandangkan usia Kaseh dan Ariel sudah mencecah enam bulan dan masih dalam proses pra-matang, jadi agak sukar untuk saya membawa mereka keluar dari rumah.

“Walaupun begitu, mereka sudah boleh makan biskut dan Nestum,” katanya lagi.

Sehingga kini, Ziana masih belum bersedia untuk mendedahkan pasangan kembar tidak seiras itu.

Namun begitu Ziana sempat bercerita tentang wajah Ariel mempunyai iras-iras Aiman dan Ammar serta badannya lebih berisi.

Sementara tubuh Kaseh lebih kurus dan panjang serta bermata besar dan mempunyai bulu mata yang lentik

Ditanya mengenai hal itu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana ini tidak menafikan sedang menantikan masa yang sesuai.

“Saya tidak mahu merancang bila akan menunjukkan bayi kembar ini,” tuturnya yang sudah ‘menutup buku’ untuk menambah anak lagi.

Ziana turut berkata dia telah membuat sebuah majlis aqiqah secara tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat.