Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda
Showing posts with label Muzikal Gamat Istana Budaya. Show all posts
Showing posts with label Muzikal Gamat Istana Budaya. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Muzikal Gamat @ NST (7/9/09)




7/9/09: Entertainment: Green message in Gamat

The casts of Gamat

HOME-grown musical Gamat is set to unfurl its message of environmental protection and life’s interconnectedness at Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, from Oct 4-12.
Gamat is produced by CTRA Production with the support of the Malaysian Women Writers Association (PPWM), Istana Budaya, the National Arts and Culture Department, the National Arts, Culture and Heritage Academy (Aswara), the Health Ministry and De Media Event Entertainment. Its patron is Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Gamat is produced by Siti Rohayah Attan and written and directed by Zaifri Husin. Hafiz Askiak is the composer while Eliza Mustafa and Mohamad Desa Rahman are the choreographers.

The musical stars Zuhairi Ibrahim, Safura Yaacob, Muhammad Aidil Solehin Marhalim, Anith Lim, Syukor Ibrahim, Juhara Ayub and Ellyna Ali, among its 82 actors. Set in the undersea world, Gamat tells the story of three close friends, Flower Crab, Rock Crab and Starfish, who get lost while exploring the seabed. They meet Gamat who has gone to explore the Plankton Garden without informing his parents. Meanwhile, Octopus is sick as a result of water pollution in his home, the Coral of Doom. He commands his sidekick Jellyfish to find a cure for his illness. Jellyfish tries to kidnap Gamat’s mother, but ends up kidnapping Gamat instead. With the help of Porcupine Fish and Eel, Gamat’s mother sets off to rescue her child from Octopus. Along the way, she discovers the horrors of sea pollution, and how it has made many sea creatures gravely ill. Zaifri, from Muar, is a theatre graduate from Middlesex University in Britain. He is best known for starring in the plays Rubiah, Lantai T. Pinkie, Tiang Seri Tegak Berlima, Tun Mamat, Puteri Gunung Ledang and Megat Terawis. He has also directed the plays Bawang Putih Bawang Merah, Sarah and Mana Setangginya.
He has starred in the television series Pi Mai Pi Mai Tang Tu and Cam Ni Cam Tu.
Hafiz is a lecturer in Universiti Teknologi Mara’s Theatre Department and has been involved in the musicals Ali Baba and Puteri Gunung Ledang. Popular 1980s recording artiste Safura is no stranger to theatre and has won critical acclaim for her roles in the plays Ronggeng Rokiah, Bukan Deja Vu and Lantai T. Pinkie, as well as the film Tentang Bulan. Anith was a Top 12 finalist in the third season of reality talent show One In A Million early this year. Time: 8.30pm with extra 3pm shows on Oct 4 and 11. No shows on Oct 9 and 10. Tickets: RM20 (3pm shows), RM30, RM50, RM80, RM100 and RM150. Call 03-4026-5558 or 03-6186-6592.

Tuesday, September 1, 2009

Gamat @ Utusan (31/8/09)




31/8/09: Kerajaan bantu pentaskan Gamat
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my



PARA pelakon Muzikal Gamat yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak begitu ceria dan bersemangat biarpun teater itu belum dipentaskan lagi di panggung tersebut.
ANTARA masalah yang sering dihadapi oleh para penerbit dan pengarah teater di negara ini ialah kekurangan bajet atau ketiadaan penaja bagi mementaskan teater mereka.
Teater Muzikal Gamat anjuran Ctra Production misalnya, turut tidak terkecuali menghadapi masalah bagi mementaskan teater itu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, pada 4 hingga 8 Oktober ini pukul 8.30 malam.
Sementara 11 hingga 12 Oktober ini pukul 8.30 malam, manakala 9 hingga 10 Oktober ini pula tiada pementasan.
Bagaimanapun, Muzikal Gamat bernasib baik kerana Kementerian Kesihatan berusaha membantu meringankan beban dengan cara menghulurkan dana bagi menjayakan pementasan tersebut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kementeriannya menerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) kini sedang menimbang bantuan yang akan diberikan untuk pementasan itu kelak.
"LPKM yang terletak di bawah Kementerian Kesihatan ditubuhkan bagi mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini. Kita akan bantu teater ini dengan cara memberikan dana yang diputuskan oleh sebuah jawatankuasa penilaian.
"Bantuan itu akan diberikan dalam bentuk geran dan ia bergantung kepada jenis program yang akan dilaksanakan. Ia sedang diperincikan. Permohonan untuk mendapatkan dana itu sudahpun diserahkan kepada kami.
"Mesyuarat akan diadakan pada minggu depan (minggu ini) dan keputusan itu akan diperincikan oleh ahli-ahli jawatankuasa tersebut," katanya pada majlis pelancaran Muzikal Gamat di IB, baru-baru ini.
Difahamkan Muzikal Gamat layak memohon dana daripada LPKM kerana mesej teater berkenaan mengenai kesedaran penjagaan kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar yang semakin tercemar sejak kebelakangan ini.
Kesediaan Kementerian Kesihatan membantu mengyumbangkan dana bagi mementaskan Muzikal Gamat amat melegakan penerbitnya, Siti Rohayah Attan yang sebelum ini sukar mendapatkan penaja untuk pementasan tersebut.
"Sejak setahun yang lalu, kami telah pun berjumpa dengan banyak penaja tetapi hasilnya amat mengecewakan. Kini kami hanya berharap kepada simpati Kementerian Kesihatan. Selain bersifat hiburan teater muzikal ini juga membawa kempen kesihatan.
"Ia merupakan program dua dalam satu. Selain pementasan teater muzikal kami juga akan mengadakan program lain seperti kempen menderma darah sewaktu pementasan itu diadakan kelak," ujarnya yang juga mewakili Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM).
Kerjasama
Selain PPWM, Muzikal Gamat juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan De' Media & Event Entertainment.
Muzikal Gamat yang akan diarahkan oleh Zaifri Husin itu merupakan naskhah hasil cetusan idea dan kolaborasi para pelajar teater tahun dua Aswara 2006. Naskhah yang sama pernah dipentaskan di akademi itu pada 2008.
Menurut Zaifri, Muzikal Gamat dipentaskan semula selepas Siti Rohayah hadir menonton teater itu di Aswara pada tahun lalu dan menyatakan minat untuk mementaskannya di Panggung Sari, IB.
"Muzikal Gamat masih relevan untuk dipentaskan semula kerana ia banyak memaparkan tentang kesepakatan dalam kehidupan laut yang menjadi simbolik dalam menjaga kesihatan.
"Sebagai contohnya, dalam teater muzikal ini kami akan paparkan watak Sotong yang membasuh tangan sebelum makan dan tidak boleh merokok dalam laut. Ia secara tidak langsung mendidik para penonton supaya jangan membuat pencemaran," katanya penuh makna.
Difahamkan seramai 80 pelakon berusia dari tiga tahun hingga 40-an akan berganding bahu mementaskan Muzikal Gamat yang mengenakan tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.
Sebarang pertanyaan bagi menyaksikan teater muzikal yang diadun muziknya oleh komposer Hafiz Askiak ini sila layari laman sesawang www.muzikalgamat.blogspot.com, atau hubungi 03-6186 6592

Thursday, August 20, 2009

Gamat @ MStar Online

Oleh Wahida Asrani

KETIKA dipentaskan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) oleh pelajar-pelajar jurusan Teater tahun dua di sana kira-kira dua tahun lalu, Zaifri Husin tidak menyangka pementasan itu mampu dibawa ke pentas yang lebih gah, iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).Ternyata idea yang dicetuskan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) untuk mementaskan 'Gamat' yang pada dasarnya hanyalah sebuah projek kelas ASWARA itu, disambut baik oleh Zaifri, yang merupakan pengarah dan penulis skrip teater muzikal tersebut."Ketika wakil PPWM datang bertemu saya dan meluahkan hasrat untuk pentaskan teater ini di IB, saya memang gembira. Tapi, saya beritahu mereka saya ingin berkolaborasi dengan pelajar-pelajar ASWARA juga untuk projek itu nanti, memandangkan ia adalah hasil idea kami bersama.

Aksi anak dan ibu Gamat yang boleh disaksikan menerusi teater muzikal ini kelak

"Dan saya beritahu mereka juga, kena cari penaja untuk pementasan itu nanti kerana pastinya kita ingin lakukan yang lebih baik," kata Zaifri pada majlis pelancaran dan sidang media teater itu di IB, semalam.Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Secara ringkasnya, Gamat memaparkan kisah suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai hidupan laut seperti Ibu Gamat, Anak Gamat, Ketam, Belut, Tiram, Kurita, Udang Kara, Bobor, Buntal, Kuda Laut dan Penyu.Teater yang akan mula dipentaskan di IB pada 2 hingga 8 Oktober itu turut melibatkan kira-kira 80 pelakon yang terdiri daripada pelakon kanak-kanak berusia 3 tahun hingga dewasa yang mencecah usia 40 tahun.Antara pelakon-pelakon handalan yang turut menjayakan teater ini ialah Safura, Juhara Ayub, Zuhairi Ibrahim dan Avaa Vanja."Karya ini menegaskan tentang bagaimana kesepakatan 'masyarakat' hidupan laut yang mementingkan kesihatan. Kami menerapkan isu-isu tentang kesihatan dalam cerita ini, tetapi kita olahkan dengan penceritaan hidupan laut agar nampak menarik.

Kostum hidupan laut turut akan menjadi tarikan utama teater ini

"Sedikit sebanyak, kita dapat mendidik penonton tidak kira lapisan umur tentang kesihatan dan alam sekitar."Namun begitu, tetap ada sedikit perbezaan kerana dulu pelakon-pelakonnya adalah golongan remaja. Tetapi kali ini, ia membabitkan kanak-kanak dan juga dewasa. Apapun, fokus kita tetap sama," ujar Zaifri yang sebelum ini pernah mengarahkan teater Mana Setangginya dan teater kanak-kanak Ali Baba.Dalam pada itu, penerbit teater muzikal ini, Siti Rohayah Attan berkata, kelainan yang ditonjolkan dalam teater ini dalam menyampaikan mesej tentang kesihatan dan persekitaran sememangnya cukup menarik dan lantaran itu, PPWM tertarik untuk mementaskan teater itu di IB."Secara peribadi, saya adalah penggemar teater dan suka menonton pelbagai jenis teater. Tetapi bila menyaksikan teater ini di ASWARA dulu, saya akui tertarik dengan idea mereka menggunakan dasar laut sebagai 'background'."Begitu juga isu yang ingin disampaikan berjaya diterapkan dengan baik di samping elemen hiburan yang dipersembahkan."Sepatutnya, kami rancang untuk mementaskan teater ini pada tahun lalu, tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu, ia ditunda ke tahun ini," katanya yang juga mungkin ingin menambah isu tentang H1N1 di dalam cerita tersebut memandangkan penularan wabak itu yang kini semakin membimbangkan.Namun begitu, ujar Siti Rohayah, walaupun begitu teruja untuk mementaskan teater tersebut, pihak penerbitan juga berdepan dengan cabaran tertentu, terutamanya dari aspek penajaan."Masalah utama kami ketika ini ialah penajaan. Kami sudah hantar berpuluh-puluh surat kepada badan-badan korporat sejak tahun lalu, tetapi maklumbalasnya amatlah menghampakan."Ramai yang lebih suka menaja konsert-konsert dan acara lain berbanding program hiburan berbentuk pendidikan seperti ini. Buat masa ini, kami amat berharap agar program ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan dan dapat disalurkan sedikit dana untuk projek ini," tuturnya.Permohonan bantuan dana itu kini sedang di dalam peringkat perbincangan di kementerian terbabit di bawah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 serta RM20 (untuk persembahan matinee saja - 3 dan 4 Oktober) boleh dibeli menerusi laman web www.ticket2u.biz atau talian 03-41498600, CTRA Production (03-61866592/ 017-8716060/ 012-2977220) dan di kaunter Box Office, IB.