Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Monday, March 1, 2010

Ziana, Misha Meriahkan Gamat @ Berita Harian

Berita Harian, 25 Feb 2010
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20100225074348/Article/

Oleh Zaidi Mohamad
Kedua-duanya tampil kali pertama dalam pementasan muzikal


INI kali pertama dua penyanyi hebat di pentas nyanyian, Ziana Zain dan Misha Omar memberanikan diri untuk terbabit dalam pementasan teater. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri memilih lakonan di pentas untuk terus menguji bakat mereka iaitu menerusi teater muzikal Gamat arahan Zaifri Husin.


Bakat mereka sudah terbukti bukan hanya di bidang nyanyian, malah kedua-duanya sudah pernah bergelar pelakon TV dan filem. Mereka juga sudah bergelar ibu. Jika Ziana sudah menjadi ibu kepada empat anak, manakala Misha bergelar ‘ibu’ kepada anak angkat bernama Muhammad Adam Emir (Adam).


Teater Gamat 2 yang akan dipentaskan Mac depan sama seperti pementasan teater muzikal Ibu Zain beberapa tahun lalu yang julung kalinya dipentaskan di Istana Budaya tetapi untuk musim kedua bertukar lokasi ke Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Ia masih diterbitkan oleh produksi yang sama iaitu CTRA Production.


Seperti biasa juga, apabila berubah lokasi dari besar ke kecil pasti membabitkan pengurangan barisan pelakonnya pula. Jika teater Gamat pertama membabitkan 91 pelakon, tahun ini ia dikuncupkan menjadi 47 orang sahaja. Selain mengekalkan watak utama Ibu Gamat yang dilakonkan Amy Mastura, Gamat kali ini juga menampilkan watak baru seperti Profesor Gamat dan Ketua Obor-Obor yang dilakonkan Ziana.


Bagi Ziana watak antagonis yang dipegangnya itu diterima dengan lapang dada. Kata penyanyi yang bakal muncul dengan single baru berjudul Pawana itu, sebelum ini penerbit teater Gamat ini iaitu Siti Rohayah Attan (Kak Roy) pernah merisiknya untuk menjadi sebahagian daripada pelakonnya.


“Sudah dua kali Kak Roy mengajak saya berlakon. Ini kali ketiga tawaran daripadanya dan kebetulan masa bersesuaian, lalu tiada sebab untuk saya menolak. Kebetulan saya tidak sibuk dan baru habis berpantang selepas melahirkan anak kembar.


“Lagipun teater ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga yang sekali gus mengingatkan kepada anak saya. Malahan anak sulung saya, Aiman sendiri pun sukakan kehidupan laut. Dia sukakan subjek Sains. Secara tak langsung, anak-anak saya boleh menonton dan mempromosikan kepada kawan-kawan,” katanya yang datang berbalut di kedua belah tangannya gara-gara terkena air panas ketika mahu menyediakan teh tarik di rumahnya baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Ziana akan mula sibuk pada tahun ini. Selepas selesai pementasan teater Gamat 2 mulai 12 hingga 22 Mac depan, dia akan terbabit dengan Mentor musim keempat.
“Selain itu saya akan memikul tanggung jawab sebagai hos program Hip TV di TV9 tak lama lagi. Malahan bermula esok hingga Ahad ini, saya akan terbabit sebagai penyanyi jemputan untuk teater muzikal Antara arahan Ellie Suriati menyanyikan tiga buah lagu.

“Single Pawana masih menunggu waktu yang sesuai untuk dimainkan. Pada peringkat awal ia sepatutnya diedarkan syarikat EMI. Bagaimanapun selepas penutupan syarikat itu, saya perlu mendapat surat pelepasan dan melalui prosedur yang betul sebelum single itu diedarkan di stesen radio,” kata ibu kepada anak kembar berusia tujuh bulan yang diberi nama Siti Noor Kaseh dan Muhamad Ariel.


Terlanjur bertanya mengenai anak kembarnya itu, isteri kepada Armin Zaharin itu akan mengadakan satu majlis dalam masa terdekat untuk mendedahkan wajah anaknya itu yang sentiasa ditunggu-tunggu rakan media dan peminat.


“Bayi kembar saya pun semakin sihat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menayangkan anak kepada tatapan umum nanti. Jangan risau, pasti rakan media akan diundang ke majlis ini,” katanya.


Misha jadi Dara
Misha Omar pula memegang watak Ketua Buntal yang pernah dipegang Natasha Hudson sebelum ini. Tawaran ini diterima pengacara Sehati Sejiwa itu beberapa minggu lalu. Misha dan kakaknya yang turut merangkap sebagai pengurus berbincang selama empat jam dengan Kak Roy bagi mempertimbangkan tawaran watak terbabit.


“Secara kebetulan, saya memang rapat dengan Amy Mastura yang turut berlakon teater ini pada siri pertama. Apabila Amy bercerita sebelum ini, saya sendiri berasa teruja. Malangnya, dek kesibukan, saya tak berpeluang menontonnya tahun lalu.

“Saya tertarik dengan watak ini dan yakin dapat melakukannya sebaik mungkin. Teater ini juga lebih santai dan tiada protokol, jadi saya bebas melakukan tambahan spontan untuk menceriakan karakter itu.


“Daripada segi komitmen dan masa, saya tiada masalah. Saya akan memulakan latihan pada 22 Februari ini,” katanya yang baru mendapat lampu hijau daripada syarikat rakamannya untuk membincangkan album studio seterusnya pada tahun ini.


Dalam pada itu, Misha turut mengesahkan akan terbabit dalam pementasan teater muzikal Uda & Dara arahan Datuk Razali Razali. Misha akan membawakan watak Dara dan ia bakal dipentaskan Julai ini di Istana Budaya. Ketika ini, Misha memberitahu watak Uda belum diketahuinya.


“Saya menghadiri uji bakat teater ini, dan Datuk Rahim sendiri menjadi panel penilai uji bakat. Menggeletar lutut juga saya jadinya ketika diuji bakat. Apatah lagi karya ini agak berat dan serius hasil cetusan Allahyarham Datuk Dr Usman Awang,” katanya sambil memberitahu anak angkatnya juga sedang diintai untuk berlakon sama dalam Gamat 2.

No comments:

Post a Comment