Penaja Utama Muzikal Gamat 2 @ MaTiC

TIGA DIVA GAMAT 2!

TIGA DIVA GAMAT 2!
Ketua Obor-Obor Yang Jahat, Ketua Buntal Yang Gatal dan Ibu Gamat Yang Gila!

Tawaran Istimewa 22 Mac 2010, Harga RM22, Sebanyak 22 tiket

Sebagai penghargaan kepada sokongan anda, pihak produksi menawarkan 22 tiket dengan harga RM22 (tiket sahaja) sempena 22 Mac 2010, iaitu persembahan terakhir Muzikal Gamat2. Kepada yang berminat sila hubungi 017-8716060 / 012-2977220 atau dapatkan tiket anda di kaunter tiket Muzikal Gamat di MaTiC (Jalan Ampang KL) sekarang.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin
1) Giant Kelana Jaya (016-660 4025)
2) Section 14, Petaling Jaya (03-7960 7355)
3) Jalan Kartunis, Glenmarie, Shah Alam (03-5569 4281)

Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.

Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Maklumat lanjut, sila hubungi: 017-378 5333 (Hazri)

Pengumuman

Kepada peminat Ziana Zain, Ziana tidak dapat berlakon pada 13 & 15 Mac 2010, 8.30pm & persembahan matinee (3pm). Tak usah sedih, Ziana tetap akan bersama kita semua pada tarikh-tarikh yang lain (12, 14, 16 - 22 Mac, 8.30pm). Cepat-cepat dapatkan tiket kalau ingin melihat gaya obor2 vogue Ziana tu.

Ibu Gamat Amy Mastura & Ketua Buntal Misha Omar tetap akan menemui para penonton pada setiap persembahan. Marilah cepat2 dapatkan tiket anda

Friday, December 12, 2008

PESANAN DARIPADA PENERBIT

Salam sejahtera,

TEATER Muzikal Gamat ini dipentaskan atas kesedaran kami bahawa sesungguhnya bumi dan laut semakin `sakit’ angkara perbuatan keji manusia. Sifat materialistik yang bersarang di jiwa manusia yang semakin rakus menjadikan dunia ini sebagai mangsa. Makanya, dunia semakin nazak dan akan mati bila-bila masa sedangkan jangka hayatnya boleh dipanjangkan jika sikap jahat itu boleh dihindari.

Kami mengerjakan teater muzikal ini dengan niat untuk kita sama-sama berfikir dan menggunakan akal untuk berfikir; bagaimana untuk menjadi makhluk yang bersopan dan berbudi bahasa kepada alam ini.

Kami mencari penaja yang mempunyai kesedaran untuk sama-sama berjuang ke arah ini. Kerana untuk mengadakan persembahan di lokasi yang besar dengan bilangan produksi yang ramai, dengan keperluan teknikal yang canggih serta nilai kreativiti yang tidak terjangkau oleh akal – kami perlukan jabatan tangan sesama kita. Siapa yang sudi, hubungilah kami.


Kepada penonton, kami mengajak anda sama-sama menyaksikan persembahan ini. Barangkali ada satu, dua perkara yang boleh kita berkongsi bersama. Atau, kita sama-sama belajar makna hidup.

Terima Kasih.


Dari Penerbit

1 comment:

  1. Hi Penerbit.
    Saya ingin menyumbang dengan membaiki web-blog ini. Hubungi saya atau visit www.gerobokajaib.com dan tinggalkan pesanan.

    TQ
    /sali

    ReplyDelete